BAHAYA MENANGGUHKAN TAUBAT
Bagi orang yang berlengah-lengah untuk bertaubat, ada dua bahaya besar iaitu :
a Dosanya akan berlapis-lapis dan kegelapan hatinya akan berlapis-lapis. Akhirnya akan menjadi karat yang melekat, yang sukar untuk dibersihkan lagi. Dikhuatiri pintu hatinya akan tertutup sehingga ke akhir hayatnya.
b Dia mungkin tidak sempat bertaubat lalu tiba-tiba meninggal dunia. Maka dia akan membawa segala dosa-dosanya itu bersama-sama dengannya ke kubur dan ke akhirat untuk ditanggungnya nanti.
Allah Taala berfirman : “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya.” (Asy-Syams : 9)
Nabi SAW bersabda : “Allah bergembira dengan taubatnya seseorang kamu.” (Muslim)
(petikan live streaming 5/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI)
No comments:
Post a Comment