Tuesday, October 14, 2025

Sepadankah dengan Tempoh Masanya?

Berguru dan belajar ilmu2 keruhanian (tauhid, tasawuf, sufi) mungkin sudah lama. Ada yang berpuluh tahun, berbelas tahun, atau bertahun2. Adakah yang kita pelajari itu banyak bermanfaat untuk diri kita? Banyak untungkah masa bertahun2 atau berbulan2 yang sudah kita habiskan itu atau sikit untung? Maka kita bermurabatah dan bermuhasabah untuk menilai di mana kita sedang berada.

1.      Adakah aku semakin banyak ingat akan Allah (zikrullah) dalam sehari2?

2.      Adakah aku semakin membanyakkan lafaz2 zikrullah dalam sehari2?

3.      Adakah solat2 sunat aku bertambah dengan pesatnya dalam sehari2?

4.      Adakah aku semakin membanyakkan tilawah & tadabbur Al-Quran dalam sehari2?

5.      Adakah solat2ku semakin banyak khusyuknya?

6.      Adakah aku sudah banyak berdakwah dalam sehari2?

7.      Adakah aku berjaya membanyakkan pengamalan sunnah2 Rasulullah dalam kehidupanku sehari2?

8.      Adakah akhlak (pemikiran, kata2, perbuatan) aku bertambah baik dengan pesatnya dalam sehari2?

9.      Adakah aku semakin banyak menginfakkan tenaga, masa, belanja dan harta-benda untuk agama?

10.   Adakah diri dan keadaan aku semakin “mendekati” R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yang lain)?

11.   Adakah hati aku semakin berasa sedap dan selesa akan hal ehwal agama dengan pesatnya?

12.   Adakah sifat zuhudku bertambah dengan pesatnya?

13.   Adakah sifat2 mahmudahku semakin bertambah dengan pesatnya dan sifat2 mazmumahku semakin berkurangan dengan pesatnya?

Ataupun sebenarnya aku masih di maqam yang lama, atau sekadar meningkat sedikit sahaja, atau semakin berkurangan pula?

 

Kadang2, orang2 yang baru belajar setahun dua pun sudah berjaya melebihi orang2 yang sudah belajar 10-20 tahun.

 

Itu untuk hal ehwal biasa. Jika berkaitan hal ehwal lanjutan pula :

1.      Adakah aku sudah berjaya untuk ingat akan Allah LEBIH BANYAK daripada selain-Nya dalam sehari2? Ataupun aku masih banyak ingat selain Dia berbanding Dia dalam sehari2?

2.      Adakah aku sudah berjaya melaksanakan amal2 wajib dan amal2 sunat ATAS DASAR CINTA & RINDU akan Dia (yang jadi faktor utamanya)? Ataupun aku masih melaksanakannya atas dasar selain cinta (yang jadi faktor utamanya - seperti atas dasar dipaksa, berasa terpaksa, takut akan seksa-Nya, mengharapkan ganjaran pahala dan jannah-Nya) dalam sehari2?

3.      Adakah aku sudah berjaya “memandang”-Nya lebih banyak daripada “memandang” selain Dia dalam sehari2?

 

Begitulah antaranya. Jawapan kepada persoalan2 ini, diri kita sendirilah yang lebih tahu jawapannya. Maka, jangan selalu terlambat, jangan membiasakan terlambat, jangan banyak terlambat, dan jangan lama terlambatnya. Berserah sepenuhnya kepada Allah DAN berusaha dengan gigihnya untuk mencapai matlamat.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

14.10.24

Sumber : Blog Debunga Teratai

No comments: