DIBAKAR DENGAN API TAUBAT ATAU API NERAKA?
Orang yang melakukan kesalahan lalu dia bertaubat, maka dia sedang mencontohi langkah2 Nabi Adam as. Sebaliknya orang yang melakukan kesalahan dan mengekalkan kesalahannya tanpa bertaubat, ertinya dia sedang mencontohi langkah2 Iblis. Nabi Adam terbuat salah lalu dia bertaubat, maka dia diampunkan malah dicintai oleh Allah. Smentara Iblis buat salah tetapi tidak mahu bertaubat, lalu dia tidak diampunkan dan dilaknat oleh Allah.
Terpulanglah kepada engkau sama ada engkau mahu menghanguskan dosa-dosa itu dengan api penyesalan (API TAUBAT) ataupun engkau mahu ia dihanguskan dengan API NERAKA (maksudnya ada dua pilihan). Hanya setelah dosa-dosa itu hangus terbakar, barulah engkau layak untuk masuk ke tempat yang suci bersih iaitu jannah. Dosa2 ini ibarat kotoran2 dan karat2 yang melekat pada diri ruhani kita. Kita hendak masuk ke dalam jannah dengan kotoran2 itu? Tidak boleh, tidak dibenarkan kerana jannah adalah tempat yang bersih suci dan menerima yang bersih2 sahaja. Lalu macam mana hendak masuk ke jannah? Kenalah bersihkan kotoran2 itu terlebih dahulu. Macam mana hendak membersihkannya? Kenalah dibakar terlebih dahulu di dalam naar sehingga terhapus segala kotoran dan karat itu.
Contohnya : Orang yang mulutnya kotor (suka mengumpat, mencarut, menipu dsb) atau yang tingkah laku tubuh badanhya tidak baik. Mereka tidak dapat masuk ke jannah dengan “mulut” dan “jasad” yang sebegitu. Maka mulut dan jasad itu kenalah dicuci terlebih dahulu dengan cara dibakar dengan “api”. Setelah terhapus kotoran2 pada mulut dan jasad itu, barulah dapat diterima untuk masuk ke dalam jannah.
(Pilihlah cara yang mana satu, sama ada dibakar dengan api taubat sekarang, atau dibakar dengan api neraka di akhirat kelak)
(petikan live streaming 5/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI)
No comments:
Post a Comment