Wednesday, December 20, 2023

Yang Pakar/ Ahli Juga Melakukan Kesilapan Besar (bah. 2)

 

7. Majalah Mechanics yang terkenal itu pada tahun 1949 memaparkan, “Berat sesebuah komputer pada masa akan datang mungkin tidak lebih daripada 1.5 tan.” Pada zaman itu saiz kompueter adalah sangat besar.

Ternyata komputer semakin mengecil dan mengecil dengan pantasnya selepas itu.


8. Charles Duell, Pesuruhjaya Pejabat Paten Amerika Syarikat dalam satu laporan kepada Presiden Mc Kinley sendiri mencadangkan agar pejabat paten dibubarkan pada tahun 1899. Alasannya kerana, “Segala yang boleh dicipta sudah pun dicipta.” Ringkasnya, tidak ada lagi keperluan lagi untuk pejabat paten diwujudkan.

Jelas dia melakukan kesilapan besar kerana selepas itu semakin banyak paten perlindungan hak cipta didaftarkan dari semasa ke semasa..


9. Pada zaman kegemilangan ajaran Muktazilah (yang bermasalah dalam akidah), selama pemerintahan 3 khalifah berturut2 (hampir 40 tahun) – semua khalifah, dan umumnya seluruh daulah, semua qadhi, semua imam, semua khatib, semua ilmuwan agama yang berada di bawah khalifah, semua pembesar, semua pegawai dan majoriti ilmuwan agama di serata dunia Islam berpegang dengan ajaran Muktazilah. Muktazilah dijadikan mazhab daulah Islamiyah. Sesiapa yang memilih untuk tidak menerima dan menganut ajaran Muktazilah difatwakan sebagai sesat dan kafir. Dalam keadaan umat Islam punya khalifah, kekhalifahan, daulah, ramai ilmuwan agama ketika itu - majoriti boleh tersilap bahkan dalam hal ehwal akidah. Pengaruh ajaran Muktazilah masih beredar aktif dalam masyarakat ketiak itu selama 300 tahun.


10. Buku Chicken Soup of the Soul oleh Mark Victor Hansen dan Jack Canfield ditolak oleh 33 penerbit. Ternyata kesemua pakar itu tersilap besar kerana kemudiannya buku tersebut jadi viral dan terjual berjuta naskah di seluruh dunia.


11. Pengasas Apple Computers Inc. telah ditolak oleh Atari dan ditolak oleh Hewlet-Packard (kedua-duanya nama besar dan ramai pakar2) sewaktu cuba memperkenalkan projek komputer peribadi (PC) mereka.

Kita sedia maklum betapa besarnya Apple selepas itu. Ternyata Atari dan Hewlet-Packard yang ahli dan pakar itu pun tersilap besar.


12. Tentera laut kerajaan Aceh yang pakar dalam perkapalan, lautan dan pertempuran di laut serta mahir dengan selok-belok Selat Melaka.

Pada tahun 1547, angkatan laut Aceh yang terdiri daripada lebih 60 buah kapal telah bertempur dengan 8 buah sahaja kapal Portugis di perairan Kedah.

Keputusannya, tentera laut Aceh mengalami kekalahan luar biasa. 9 buah kapal Aceh berjaya ditenggelamkan dalam pertempuran, 25 kapal yang masih baik dirampas dan dibawa ke Melaka (yang diperintah oleh Portugis), kapal2 lain dibakar lalu ditengelamkan, manakala 4000 daripada 5000 (80%) orang askar Aceh terbunuh.


No comments: