Thursday, December 14, 2023

Penerangan Asas Untuk Saudara Baru 3

 

Bagaimanakah cara mengerjakan solat yang paling asas?

Kita ambil contoh solat subuh. Solat subuh ada dua rakaat.


1. Mula2 kita berdiri lurus.


2. Kemudian kita bertakbir (angkat kedua-dua belah tangan ke tepi telinga sebentar. Tangan kanan di tepi telinga kanan, tangan kiri di tepi telinga kiri). Kita sebutkan : “Allahu Akbar”.


3. Sambil mengangkat tangan itu, kita berniat di dalam hati : “Sahaja aku solat fardhu subuh kerana Allah Taala.”


4. Kemudian kedua-dua belah tangan itu diturunkan lalu di letakkan di perut (atas pusat). Tangan kiri di bawah, tangan kanan di atas tangan kiri.


5. Kemudian kita baca Surah Al-Fatihah (jika belum tahu membaca surah ini, kita diam sahaja. Nanti kita akan ajarkan membaca Surah Al-Fatihah)


6. Kemudian kita tunduk. Tangan kanan pegang lutut yang kanan, tangan kiri pegang lutut yang kiri. Perbuatan ini dinamakan RUKUK.


7. Kemudian kita berdiri lurus semula. Perbuatan ini dinamakan IKTIDAL.


8. Kemudian kita turun berSUJUD (kepala letakkan di atas lantai/ tikar, tapak tangan kanan dan kiri juga letak atas lantai).


9. Kemudian kita bangun duduk sekejap. Kedua2 belah kaki letak di bawah punggung. Perbuatan ini dinamakan DUDUK ANTARA DUA SUJUD.


10. Kemudian kita turun sujud lagi sekali.


11. Kemudian kita bangun berdiri lurus semula. Kedua-dua tangan letakkan di perut.

Siaplah satu rakaat atau rakaat pertama.


12. Kemudian kita baca Surah Al-Fatihah (jika belum tahu membaca surah ini, kita diam sahaja. Nanti kita akan ajarkan membaca Surah Al-Fatihah)


13. Kemudian kita tunduk (rukuk).


14. Kemudian kita berdiri lurus semula (iktidal).


15. Kemudian kita turun sujud.


16. Kemudian kita bangun duduk sekejap (duduk antara dua sujud).


17. Kemudian kita turun sujud sekali lagi.


18. Kemudian kita bangun duduk yang terakhir. Duduk yang terakhir ini dinamakan tahiyat akhir.


19. Kemudian kita baca bacaan untuk tahiyat akhir (jika belum tahu membaca ayat2 ini, kita diam sahaja. Nanti kita akan ajarkan bacaan2 ini).


20. Akhirnya kita pusingkan kepala ke arah kanan dan ucapkan salam : “Assalamualaikum warahmatullah.” Lalu kita pusingkan kepala ke arah kiri dan ucapkan sekali lagi : “Assalamualaikum warahmatulah.”


Selesailah pelajaran asas solat subuh.


No comments: