Fitnah Mr. D (bukan Mr. D itu sendiri) merupakan fitnah yang paling besar dalam sejarah umat manusia. Sebab itulah Rasulullah saw selalu mengingatkannya. Tetapi sebaliknya pula dengan sebahagian manusia hari ini– fitnah terbesar itu amat jarang mahu disebutkan, takut luar biasa pula jika ada orang lain yang menyebutkan, sedangkan fitnah yang kecil2 dan yang biasa2 hampir setiap hari lagi selalu mereka ingat dan sebut, malah mereka hebahkan dalam media2 sosial.
Pernah AJK/penganjur berbisik kepada sahabat sahaya mengingatkan, “Ustaz, kalau boleh kita elakkan cakap pasal kematian, dosa, Djjl dan lain2. Kita berdakwah ni tak mahu bagi orang takut.”
Maksudnya hal2 yang sebenarnya mengingatkan (disebutnya “menakutkan”) termasuklah murka Allah, azab, kegelinciran akidah, hudud, sakaratul maut, azab kubur, malaikat munkar dna nakir, alam barzakh, hari kehancuran, hari kebangkitan dan seumpamanya kena dielakkan atau disangat dikurangkanlah. Menurut sahabat sahaya itu, dia mengangguk2 dan mengiyakan2 sahaja tetapi dalam kuliahnya tetap dikaitkannya juga pada tempat2 yang sesuai. Katanya kepada sahaya, “Ana ikut cara Rasulullah. Sebagaimana yang Rasululah buat, macam itulah ana buat.”
*Jika hal dihidangkan secara melampau, atau sangat tidak kena dengan majlis, memanglah kena dielakkan.
31/12/23
No comments:
Post a Comment