Zaman sekarang, belajar agama tidak sekadar ikuttt sahaja. Sambil belajar, sambil perhati2 juga dengan mata akal dan mata hati sekadar yang nampak akan siapa orangnya, bagaimana orangnya, bagaimana akhlaknya, apa alirannya, apa kecenderungannya, apa perkumpulannya jika ada... kerana kita mahu selamat di sepanjang perjalanan, juga mahu selamat di tujuan.
Apa yang mahu selamat itu? Paling utama tentunya 4 pasak agama atau 4 tiang ad-diin iaitu al-islam, al-iman, al-ihsan dan al-sa’ah. Ada yang pada awal2 lagi sudah nampak kacau. Ada yang permulannya cantik tetapi pada pertengahannya kacau. Ada yang pada mula dan tengahnya bagus tetapi pada akhirnya yang kacau.
Selalu terjumpa orang2 yang buat tidak tahu lalu asal percaya sahaja, mereka sudah pun “terkena” tanpa sedar. Ada yang tersedar tetapi hanya setelah tiba pada pertengahan, atau pada hujung, namun ada yang tidak sedar2 sampai ke sudah.
Yang sampai ke taraf sedar, insya-Allah mereka ada tindakan dan berani bertindak. Yang hanya bertaraf tahu dan faham, mereka tidak berani untuk bertindak lalu berterusanlah berada di bawha pihak yang sama, walaupun hati gelisah menderita. Tambah2 lagi yang sudah “diikat” atau “terikat” dengan sesuatu yang pada anggapan mereka tidak boleh lagi dirungkaikan, kerana sudah dipasak masuk ke dalam minda sedari awal. Padahal boleh sahaja merungkaikannya kerana hal2 itu tidak memberi bekas pun.
31/12/23
No comments:
Post a Comment