Thursday, December 21, 2023

Ilmu As-Saah Bukan Ilmu Teori Konspirasi

 

Katakanlah kita hendak pergi berguru ilmu fardhu AL-IMAN (aqidah, tauhid, usuluddin, kalam, awwaluddin) atau ilmu fardhu AL-IHSAN (tasawuf, sufi, tarekat, akhiruddin, kamaluddin) kepada seseorang. Kita pun bertanyalah beberapa maklumat yang sangat asas kepadanya lalu mendapat jawapan yang tidak memuaskan hati, sebagaimana contoh2 di bawah :


1. Tok guru dulu belajar dengan siapa ye?

Saya tak belajar dengan sesiapa. Saya tak ada guru.


2. Tuan syeikh dulu belajar dengan siapa?

Saya belajar dengan Ustaz Xyz (sedangkan kita sedia maklum akan kemasalahan Ustaz Xyz tersebut dalam hal ehwal agama yang bukan kecil2 masalah).


3. Ilmu maulana ini ada sanadnya maulana?

i) Dijawab , “Tak ada.”

ii) Dijawab, “Entah le.”

iii) Dijawab, “Tak de pun tak mengapa.”

iv) Dijawab, “Kami ada sanad ghaib (sahaja).”


4. Ustaz, sanad ilmu ustaz ni bersambungan tanpa terputus kan?

i) Dijawabnya, “Tak pasti le.”

ii) Dijawab, “Entah le.”

iii) Dijawab, “Tak terputus kot (agaknya).”

iv) Dijawab, “Terputus.”

v) Dijawab, “Tak penting pun semua tu.”


5. Tok memang disahkan oleh guru tok dulu sebagai pengajar akan ilmu ini? (Cukup jika sekurang2nya dia menjawab, “Ya.” Masalah timbul apabila dia...)

i) Terkulat-kulat, atau

ii) Menjawab, “Tidak.”

iii) Menjawab, “Tak perlu.”

iv) Menjawab, “Tak Tahu.”

v) Menjawab, “Tak pasti le.”


Jawapan2 sebegini membuatkan hati kita tidak enak atau kurang enak.

SEMESTINYA dia kenalah berguru, dan SEBAIK2NYA (ertinya tidaklah semestinya) bersanad, tidak terputus sanad zahirnya, dan disahkan oleh gurunya sebagai layak mengajar akan ilmu tersebut. Barulah lebih tenteram hati kita untuk menimba ilmu daripadanya.


Begitu jugalah apabila kita hendak berguru ilmu fardhu AL-SA’AH. Selidiklah hal yang asas2 di atas lebih dahulu (bukannya kita hendak mencungkil yang dalam2 pun). Biarlah kita mengambil ilmu2 agama daripada orang yang memang ahli. Teori konspirasi ada juga bagusnya. Ambillah segala yang bermanfaat daripadanya. Tetapi hendak mengambil ilmu as-sa’ah daripada ahli/pakar teori konspirasi, tidak kena sebenarnya. Ilmu as-sa’ah bukan ilmu teori konspirasi.


Umumnya :

Tiada berguru, tiadalah tahu.

Tiada belajar, tiadalah sedar.

Tiada sanad, tiadalah cermat.


19/12/23


No comments: