Friday, December 22, 2023

Yang Tidak Pasti Jangan Dipastikan Sebagai Pasti

 

Apakah antara bahayanya jika yang syubhah, yang samar2, yang tidak bertaraf pasti, yang blur, atau yang meragu2kan, tetapi dianggap sebagai pasti?


Kita boleh terambil duit dan harta benda orang (sebab NAMPAK MACAM milik kita), orang pun boleh terambil duit dan harta kita (kerana mereka pun RASA-RASA MACAM mereka punya).


Kita boleh tertembak pasukan tentera sendiri atau orang awam yang tidak bersalah (kerana walaupun samar2 atau kelam2 suasana, asal ada walau sedikit nampak MACAM musuh, maka pasti boleh terus ditembak)/


Kita boleh tertidur dengan isteri orang (sebab kita AGAK-AGAK itu isteri kita), orang pun boleh tertidur dengan isteri kita (sebab pun mereka AGAK2 itu isteri mereka).


Hakim boleh terhukum orang2 yang belum bertaraf pasti bersalah sebagai bersalah kerana dengan bukti2 yang samar2, tidak berapa jelas, kelam2 suasana dsb terus dihukum sebagai BERTARAF PASTI.


"Orang ini sudah mati atau belum?"
"Nampak gaya MACAM sudah mati."
"Kalau begitu kita terus urus dan kuburkan sahaja."


Sebab itulah Rasulullah saw sangat menekankan tentang hal2 syubhah dan kepentingan kepastian. Maka umumnya, selagi sesuatu itu tidak benar2 jelas, atau tidak bertaraf muktamad, atau tidak bertaraf pasti, jangan kita letakkan sebagai pasti terlebih dahulu. Letakkan sesuatu maklumat atau dapatan itu mengikut grednya.


*Dahulukan info2 yang pasti berkaitan perang di Filisteen.

*Doakan orang2 yang terzalimi dan tertindas di seluruh dunia.

*Mohon Allah tunjukkan yang benar itu sebagai kebenaran kepada mata hati kita.


21/12/23

No comments: