Sunday, December 17, 2023

Tips untuk Kuatkan Ingatan

 

PERTANYAAN : Nak minta tips macam mana nak bagi kuat ingatan dalam menghafal dan mempraktikkan. Saya ni kadang2 macam mudah lupa ustaz.


JAWAPAN SAHAYA : Sebenarnya sahaya bukanlah orang yang bertaraf ahli dalam hafal-menghafal ni. Hafalan sahaya pun tak sekuat mana. Jadi, sahaya kongsi pandangan ni sebagai orang yang bukan ahli.


1. Jika nak hafal ayat Quran, guna Quran yang sama, jangan tukar2. Nanti lebih mudah otak kita merakam. Nak hafal buku2 lain ke, dokumen ke... guna manuskrip yang sama jugak.

2. Paling utama kena minta dengan Allah agar Dia jadikan kita orang yang kuat hafalan. Hanya Dia

je lah yang ada kuasa nak bagi hafalan kita kuat. Kena selalu minta.

3. Kena rajin mengulang maklumat2 yang kita hafal tu. Setiap hari kena buat walau beberapa minit.

4. Makan makanan yang ada membantu dalam menguatkan minda. Contohnya badam, kismis, ginkgo biloba, minum koko, makan coklat (koko), air doa (bacaan 10 tambah Alamnasyrah) dan lain-lain.

5. Elakkan tengok benda2 yang haram ditengok.


Itulah antara tips dapat dikongsikan.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Ditanya pada 19/12/23

Dijawab pada 21/12/23

No comments: