Saturday, December 30, 2023

Lebih baik Berjauh Jika Lebih Mudarat

 

Ada kala orang2 yang berniat dan berbuat tidak baik kepada kita berulang kali itu tidak perlu kita balas apa2. Cukup dengan kita berusaha dan berikhtiar untuk menjarakkan diri daripada mereka sahaja, dan doakan yang baik2 buat mereka. Antara manfaatnya – kita lebih terselamat daripada terkena sebarang usaha mereka, dan mereka juga lebih terselamat daripada terus berbuat dosa kerana sudah sukar untuk mereka berbuat sesuatu terhadap kita. Ringkasnya, kedua2 belah pihak pun mendapat manfaat. Lebih baiklah berjarak jika dengan berdekat itu lebih membawa mudarat.


21/12/23

No comments: