Belajarlah daripada sejarah penjajahan di Borneo.
Apabila penjajah mahukan sokongan rakyat dari segi kesetiaan untuk mereka mencapai sesuatu agenda, mereka angkat sebentar golongan ketua2 tempatan ke dalam pemerintahan. Maka penduduk akan patuh.
Apabila penjajah mahukan sokongan rakyat dari segi agama untuk mereka mencapai sesuatu agenda, mereka masukkan sebentar tokoh2 agama ke dalam pemerintahan. Maka rakyat akan mengikut.
Apabila mereka mahukan sokongan rakyat dari segi ekonomi untuk mereka mencapai sesuatu agenda, mereka tarik naik sebentar tauke2 dan orang kaya2 ke dalam pentadbiran. Maka rakyat akan yakin.
Begitulah seterusnya dalam pelbagai lapangan.
Penjajah mengangkat seseorang atau sesuatu pihak itu untuk duduk di atas bukan kerana penjajah ikhlas dan bukan juga kerana orang2 diangkat itu berjaya dalam perjuangan mereka. Sebaliknya kerana penjajah mahu mempergunakan orang2 itu untuk mencapai agenda2 mereka. Setelah berjaya dicapai, orang2 atau pihak2 itu pun akan diturunkan semula lalu digantikan dengan yang lain2 pula untuk agenda2 seterusnya.
Ini permainan atau helah yang sudah sangat lama, jauh sebelum zaman Borneo dijajah lagi. Tetapi ia masih sahaja berkesan kerana ada manusia2 yang punya kepentingan2 peribadi yang dikejar2 hasil penyakit wahn, dan ada manusia2 yang tidak pernah mahu belajar, faham dan sedar.
*Bersatulah Gaxa dan Tebeng Bayat
*Terus boroikot pendana terang2an nirrejim Pfisrayel
*Siram pokok qalbu tiap hari dengan zikrullah dan akhlak mulia.
20/12/23
No comments:
Post a Comment