Saturday, December 30, 2023

Ilmu As-Saah Itu Macam Mana?

 

PERTANYAAN YANG TIBA : Maaf. Ilmu as-sa’ah tu macam mana ye? Malu nak tanya tapi... takut pula jahil selama-lamanya.


JAWAPANNYA : Secara ringkasnya, ilmu al-sa’ah ini merupakan salah satu daripada 4 tiang/ tungku/ pasak/ fardhu/ rukun ad-diin. Di sebelah rantau kita ini perkataan ad-diin biasa disebut sebagai agama (benar terjemahannya cuma kurang tepat). Maka untuk lebih memudahkan pemahaman kita, ilmu 4 sekawan ini bolehlah disebut sebagai 4 tiang agama, 4 tungku agama, 4 fardhu agama atau 4 rukun agama.


Ilmu as-sa’ah ini disebutkan dengan jelas, serumpun, berturutan tanpa terpisah iaitu 4 sekawan dalam hadith Jibril yang terkenal itu. Ada banyak hadith jibril tetapi hadith Jibril yang termasyhur ialah yang bercerita tentang 4 tungku agama iaitu al-islam, al-iman, al-ihsan dan al-sa’ah. Hadith ini boleh dicari di serata internet. Tulsikan sahaja “hadis jibril”. Insya-Allah jumpa.


4 pasak/ tiang ad-diin ini secara ringkasnya bolehlah dihuraikan sebagaimana berikut :


1. Tiang AL-ISLAM

- Umumnya urusan2 wilayah anggota tubuh badan.

- Melibatkan ilmu dan amal tentang fiqh (fekah), usul fiqh (usul fekah), hukum-hakam, cara2 beramal ibadah.

- Biasa disebut sebagai Rukun Islam.


2. Tiang AL-IMAN

- Umumnya urusan2 wilayah aqal.

- Melibatkan ilmu dan amal tentang ‘aqidah, usuluddin (usul ad-diin), ilmu kalam, tauhid wilayah akal.

- Biasa disebut sebagai Rukun Iman.


3. Tiang AL-IHSAN

- Umumnya urusan2 wilayah qalbu (jantung hati, ruh, kalbu, hati, jiwa)

- Melibatkan ilmu dan amal tentang tasawuf, sufi, tariqah (tarekat), tauhid wilayah qalbu.

- Disebut sebagai Rukun Ihsan.


4. Tiang AL-SA’AH (AS-SA’AH)

- Umumnya urusan2 wilayah masa, tempat dan keadaan.

- Melibatkan ilmu dan amal tentang akhir zaman, zaman fitnah, zaman akhir, hari kehancuran, hari kebangkitan, dsb.


Setiap tiang agama ini ada ahli2nya (orang2 yang mahir tentangnya), ada ilmu2nya, ada sanadnya, ada gurunya.


* Yang keempat itulah ilmu as-sa’ah.


Begitulah secara ringkasnya.


30/12/23


No comments: