Saturday, December 30, 2023

Teruslah Berusaha Menyelamatkan

 

Berusaha dan berikhtiar

untuk membantu menyelamatkan

ada kalanya tidak dapat dilakukan

secara terus, jalan dekat atau terang2an.

Selalu sahaja ada kekangan2.

Maka ia dilakukan secara tidak terus,

jalan jauh atau tidak terang2an.


Berjaya, atau gagal, atau tersangkut di tengah2

Allah yang menentukan.

Kerja kita?

Hanya berusaha dan berikhtiar

dengan usaha dan ikhtiar

yang selayaknya/ sepatutnya sahaja.

Jika dapat lebih lagi,

kita berusaha dan berikhtiar

dengan tahap gigih.


Orang2 yang kita cuba bantu itu

jika tidak tahu pun tidak mengapa.

Kita tidak perlukan terima kasih,

penghargaan, sanjungan, atau sebagainya.

Matlamat kita tetaplah

mahukan cinta Allah sahaja.


Maka, janganlah kita jemu atau putus asa

dalama berusaha dan berikhtiar,

kerana Allah Ta’ala.


29/12/23

No comments: