Wednesday, December 20, 2023

Jangalah Setakat Tahu Allah

 

Janganlah setakat tahu akan Allah,

biarlah sampai kepada kenal akan Allah,

sekurang2nya.

Yang selepas2 daripada tahap itu,

tidak capai pun tidak mengapa.


Kerana dengan tahap tahu akan Allah sahaja,

dikau masih berisiko untuk tersilap,

tersalah dan tersasar tanpa sedar.


Jika sudah sampai kepada tahap kenal,

sukar untuk tersilap, tersalah dan tersasar

dalam ibadah, sembahan dan pengabdian.


Tersalah dalam tauhid dan aqidah,

walau menggunung amal ibadah,

kesannya sesal tiada sudah.


Tiada berguru, tiadalah tahu.

Tiada belajar, tiadalah sedar.


19/12/23

No comments: