Orang2 yang ada atau cukup ada,
jarang2 sangat lagi susah untuk
hasad dengki atau tidak berpuas hati
terhadap orang2 yang tiada atau kurang ada.
Biasanya orang2 yang tidak ada atau kurang ada,
itulah yang segelintirnya
yang mudah hasad dengki atau tidak berpuas hati
terhadap orang2 yang ada atau cukup ada.
Mereka tidak dapat menerima
jika orang lain ada tapi mereka tidak ada.
Mereka menderita
jika orang lain cukup ada, sedangkan mereka kurang ada.
Mereka hanya boleh menerima
jika orang lain ada, dan mereka pun ada.
Mereka hanya hilang derita
jika orang lain cukup ada, dan mereka pun cukup ada.
Ini salah satu sifat mazmumah yang sangat berbahaya.
Ia tidak melanda orang bawah2 sahaja tetapi semua.
31/12/23
No comments:
Post a Comment