Saturday, December 30, 2023

Tahap2 Sedar dan Bertindak

 

1. TIADA TAHU - Orang yang tiada tahu, ertinya dia TIDAK PUNYA MAKLUMAT tentang mana yang benar dan mana yang salah. Maka tidak hairanlah jika dia tidak nampak mana yang benar dan mana yang salah, tiada faham, tiada sedar dan tiada tindakan.


2. SEKADAR ADA TAHU - Orang yang ada tahu, ertinya dia SUDAH DAPAT MAKLUMAT mana yang benar dan mana yang salah. Tetapi dia MASIH BELUM NAMPAK mana yang benar dan mana yang salah itu kerana dia belum mencapai faham. Maka ilmu itu mati setakat maklumat sahaja.


3. MENCAPAI FAHAM - Orang yang sudah faham, ertinya dia SUDAH NAMPAK yang mana benar dan yang mana salah, cuma dia BELUM ADA SEDAR. Oleh itu dia belum bertindak apa-apa.


4. MENCAPAI SEDAR - Orang yang SUDAH SEDAR pula, selain daripada dia tahu dan dia faham, dia SUDAH MULA ADA BERTINDAK.


5. MENCAPAI JIHAD (usaha yang tekun lagi besungguh-sunguh, pejuang) – Orang yang bersungguh-sungguh dalam bertindak. Tekun dalam berjuang.


30/12/23


No comments: