1. “Ustaz tak mau dah ka mengajar kat masjid/ surau kami?”
Sekarang saya tumpu mengajar dalam kumpulan2 kecil (sebagaimana yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin). Menyampaikan ilmu2 al-iman (‘aqidah, usul ad-diin, kalam, tauhid wilayah ‘aqal) dan ilmu2 al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, tauhid wilayah qalbu) kepada kumpulan2 ramai memang sudah biasa, sejak tahun 2007 lagi sampailah 2019. Pernah puluh2 orang dan pernah ratus2 orang juga. Cuma kesannya itu nampak kurang.
Ibaratnya, kita hantar 100 tetapi kita boleh rasa yang hadirin umumnya dapat 20-30 sahaja. Murid2 lama pun dapat 50-60 sahaja. Memang ada manfaat. Tetapi apabila kita buat halaqah talaqqi dan suhbah dalam 10 orang sahaja, kita boleh rasa yang kita hantar 100 dan ahli2 halaqah terima 80-90 walaupun murid2 baru. Sangat bermanfaat.
Oleh kerana sudah banyak sahabat2 asatizah yang mentarbiah kepada ramai dalam bengkel2, seminar2, ceramah2, di masjid2, surau2, televisyen dan sebagainya, maka bagus juga jika kita tumpu kepada kelas2 kecil lagi khusus.
2. “Tapi... kalau buat dalam kumpulan2 kecik ni, biasanya harga lagi up la ustaz.”
Tak ada up atau down. Umumnya, segala ilmu dan tarbiah daripada jalan Imam al-Ghazali ini adalah percuma 100% selamanya. Walau banyak atau sedikit hadirin, memang tiada sebarang caj terang2an atau caj tersembunyi. Tiada yuran, bayaran, sumbangan, rayuan derma, kotak/ bekas kosong, atau sebagainya. Hal2 tersebut bukan suatu kesalahan, cuma untuk program2 pengajian kita memang tidak ada.
Jika para peserta datang dari jauh ke tempat kami, para peserta tentunya kena keluarkan kos untuk diri sendiri dari segi pengurusan kenderaan, tol, petrol, dan makan minum (dan penginapan sekiranya perlu). Dari segi ilmu dan tarbiah, tetap percuma. Insya-Allah jamuan makan minum juga ada.
Ringkas kata, selagi tiada hal2 yang bertaraf perlu, darurah atau kecemasan, segala-galanya adalah percuma.
3. “Macam mana kalau ustaz atau wakil2 ustaz la orang mintak pi mengajaq jauh2? Contoh la... dari Selangor kena pi ke Johor Bahru?”
Sekiranya ketika itu kami mampu, kami pergi. Sekiranya tidak mampu atau kurang mampu, kita tolak atau tangguhkan dulu.
Katakanlah progaram itu jadi dibuat, maka dari segi ilmu dan pertarbiyahan, tetap percuma juga. Dari segi makan minum, pun percuma juga kerana setiap hari sama ada duduk di rumah atau keluar bermusafir, kita memang keluar belanja untuk makan minum harian juga.
Cuma jika para peserta ada berhajat hendak membantu sedikit adalah kos dari segi petrol dan tol sahaja (dan penginapan sekiranya jauh dan perlu bermalam). Ilmu dan tarbiyah tetap percuma. Sekiranya tidak ada pun, dan kebetulan kami ada kemampuan pada waktu itu, kami akan usaha untuk menjayakan program itu juga.
Kesimpulannya, tiada isu up or down.
4. “Macam mana kalau orang bagi hadiah (wang saguhati) selepas majlis?”
Pada awal2 kita mengajar dulu memang ada timbul sedikit isu. Walaupun kita sudah maklumkan kepada pihak penganjur/ masjid/ surau dll bahawa pengajian kita adalah percuma, namun ada juga pihak2 tersebut atau individu yang berhajat untuk memberikan sedikit hadiah (saguhati). Apabila kita asyik menolak, timbul satu macam suasana yang tidak enak. Apabila hajat mereka tidak kita penuhi, nampak ada perubahan pada wajah, tindakan dan kemesraan perhubungan.
Untuk mengelakkan hal2 tersebut daripada berlaku, kemudannya kita mengambil keputusan untuk memenuhi sahaja hajat mereka dengan menerimanya (sekiranya ada). Jika tidak ada, jangan sesekali meminta atau mengisyaratkan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai meminta.
29/12/23
No comments:
Post a Comment