Thursday, December 14, 2023

Penerangan Asas Untuk Saudara Baru 5

 

BERSUCI


Dalam Islam, ada pelajaran untuk membersihkan diri yang disebut sebagai bersuci. Bersuci juga disebut sebagai TAHARAH.


Untuk melaksanakan solat, kita kena bersuci terlebih dahulu. Proses ini dsebut sebagai mengambil air sembahyang, atau berwuduk, atau mengambil wuduk.


CARA2 UNTUK BERWUDUK (paling asas)


1. Baca Bismilla hirrahma nirrahim.


2. Niatkan di dalam hati : “Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala.” Sambil itu, ambil air dengan tangan dan sapukan ke serata muka. Buat sebanyak 3 kali.


3. Kemudian ambil air dan sapukan ke tangan kanan. Sampai ke siku (lebihkan sedikit). Buat sebanyak 3 kali. Kemudian buat untuk tangan kiri pula. Buat sebanyak 3 kali juga.


4. Kemudian ambil sedikit air dan sapu sedikit di kepala. Buat sebanyak 3 kali.


5. Kemudian basuh kaki yang kanan, setakat buku lali (lebihkan sedikit). Buat 3 kali. Kemudian basuh kaki yang kiri pula. Buat 3 kali juga.


Selesailah pelajaran berwuduk yang asas.


*Tambahan – Selepas membasuh kepala, kita digalakkan (disunatkan) juga untuk membasuh telinga. Ambil air dan gosokkan sedikit pada telinga kanan. Buat 3 kali. Kemudian, buat untuk telinga kiri pula 3 kali.


No comments: