Biasanya
mula2 engkau sang sufi akan berpusat kepada dirimu sendiri. Engkau
hanya nampak dirimu sendiri. Engkau "terlebur" ke dalam
dirimu sendiri. Dan engkau hanya "nampak" Diri itu
"pada/dalam" dirimu sendiri sahaja.
Sampai
suatu maqam lagi, barulah engkau akan mula nampak diri-diri. Maka
kemudiannya engkau terlebur ke dalam diri-diri. Kemudian barulah
nampak Diri pada diri-diri.
Kemudian
barulah engkau akan nampak semua diri itu sebenarnya satu diri
sahaja. Kemudian barulah engkau nampak Diri pada diri yang menyeluruh
itu.
Kemudian
engkau akan nampak hanya Diri.
Kemudian
engkau sudah tiada nampak lagi.
Kemudian
yang
ada hanya Diri.
Kemudian...
Maka
tamatlah pendakian dan pengembaraanmu.
Biasanya begitulah jalannya,
tanpa
perinciannya.
Dari
syariat menuju tarekat menuju hakikat menuju ma'rifat (awwal
ad-diin).
Inilah
4 sekawan menuju awal. Kemudian
dari ma'rifat
awwal
ad-diin menuju nisf ad-diin menuju akhir ad-diin menuju kamal
ad-diin. Inilah
4 sekawan menuju kamal.
Dan
itulah hakikat kenabian (bukan kenabian itu sendiri) yang dicapai
oleh Imam al-Ghazali
yang
pada zamannya sudah
tiada lagi kerana sudah
mati.
Lalu
diusahakannya
sendiri lalu
diihya'kannya
(dihidupkannya
kembali).
Ihya' 'Ulum Ad-Diin
- menghidupkan
kembali
ilmu2 ad-diin (yang sudah tiada lagi kerana sudah mati
sebelumnya).
Tidak
ditajukkannya sebagai menyegarkan kembali, menyihatkan kembali,
membanyakkan
kembali, memperkenalkan
kembali atau sebagainya tetapi -
MENGHIDUPKAN kembali.
Sebab
itulah nama kitabnya begitu - Ihya' Ulum Ad-Din. "Ad-diin"
yang dimaksudkannya dan yang dihidupkannya kembali itu sangat luas,
sangat jauh, lagi sangat mendalam.
Dengan
segala ilmu, segala kitab dan segala guru pada zaman itu, beliau
masih gagal mencapai suatu maqam yang sudah sangat dinampaknya itu
hinggakan beliau jatuh sakit misteri yang tiada sebarang rawatan,
ubat atau tabib dapat mengubati. Lalu beliau keluar "beruzlah"
diri. Maka dalam uzlahnya itulah barulah diperolehinya kembali
sesuatu yang sudah mati itu. Maka diihya'kannya (dihidupkannya
kembali).
Pada
tingkat perenggan pertama di awal-awal tadi memang sudah ada orang2
bertaraf wali. Orang2 biasa tentunya ramai lagi. Umumnya mereka akan
terus di situ kecuali jika mereka mahu meneruskan capaian2 ke
tingkat2 seterusnya.
Ibarat
peluang untuk mendapat kerja. Ada SPM sudah cukup, tetapi sangat
digalakkan agar terus berusaha untuk mencapai diploma menuju ijazah
menuju master menuju PHD.
Walaupun
engkau wahai diriku sendiri berasa cukup untuk dirimu dengan sekadar
SPM, jangan pula engkau lemahkan semangat orang2 lain untuk terus
mencapai yang atas-atas lagi. Bahkan sepatutnya engkau lorong, dorong
dan galakkan lagi walaupun engkau sendiri tidak mencapainya.
Peluang
dan ruang untuk engkau mungkin setakat SPM sahaja, tetapi peluang dan
ruang untuk orang2 lain mungkin lebih lagi. Rezeki engkau mungkin
setakat diploma tetapi rezeki sebahagian hamba Allah lagi mungkin
lebih daripada itu jika mereka berusaha dan berikhtiar dengan gigih.
Gaji engkau mungkin sebesar gaji SPM tapi engkau tetap motivasikan
orang lain agar mereka berpeluang mendapakan gaji sebesar gaji Ijazah
dan seterusnya. Begitulah tamsilan sekadar untuk menghampirkan engkau
kepada faham.
Maka
jangan kerana diri engkau berasa cukup dengan SPM maka engkau tidak
mahu ambil peduli dengan orang lain atau engkau mahu orang lain pun
bercukup2lah dengan SPM macam engkau juga.
Jika
engkau
bermatlamat sekadar untuk berjaya masuk ke dalam jannah, engkau
tetap kena
menyokong
orang2 lain yang bermatlamatkan lebih daripada itu untuk
mencapai
jannah muqarrabin, mencapai redha Allah, dan mencapai Tuan Punya
Jannah
sendiri.
Jangan
kerana engkau
berasa cukup dengan
mencapai jannah sahaja maka engkau
tidak mahu ambil peduli dengan hamba2 Allah yang lain, atau engkau
mahu orang lain pun
sekadar macam engkau
sahaja.
Maqam2
di sisi Allah banyak tingkatannya. Para wali Allah itu juga banyak
tingkatannya.
Sesungguhnya
"perjalanan" kepada Allah itu "24 jam" jarak
waktunya. Ada wali2 yang bertempat pada 1 minit perjalanan, ada wali2
yang bertempat pada 30 minit perjalanan, 1 jam perjalanan, 6 jam
perjalanan, 15 jam perjalanan dan sebagainya. Di penghujung jalan itu
antaranya ialah R4S - Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama,
dan sahabat2 utama yang lain.
Engkau
berusaha dan berikhtiarlah dengan gigih agar mudah-mudahan
direzekikan oleh Allah SWT dapat "sehampir" mungkin
dengan-Nya.
27/12/22