Tuesday, January 12, 2021

Al-Ghazali, Al-Munqiz, Uyanis Buyuk Selcuklu

https://www.tvurdu.com/uyanis-buyuk-selcuklu-episode-8-review/


Apabila sahaya mula menonton sedikit-sedikit Uyanis : Buyuk Selcuklu, memang terasa hendak mengulang-ulang menikmati kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal (Selamat daripada Sesat) karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Hal ini adalah demikian kerana sebahagian daripada hujah-hujah yang Imam Al-Ghazali gunakan untuk menangani kaum assassin (hasyasyin) dan batiniyyah (batinis) daripada ajaran Syiah dimuatkannya dalam kitab Al-Munqiz. Sahaya pernah dua kali mendaurahkan kitab Al-Munqiz ini. Memang sedap.


*Sedikit persoalan tentang assassin ada sahaya jawab di https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/01/soalan2-ringkas-dan-jawapan2-ringkasnya_5.html ) .


Jika dibandingkan dengan menonton Al-Ghazali : The Alchemist of Happiness, menonton Uyanis : Buyuk Selchuklu membuatkan kita lebih terkesan dengan sosok Imam Al-Ghazali, baik kepada para peminat Imam Al-Ghazali (lebih-lebih lagi para pengamal Tarekat Ghazaliyah), mahu pun kepada para penolak Imam al-Ghazali khususnya daripada ajaran Syiah Rafidah (V6-3), Salafi Wahhabi (V6-4) dan para peminat tentera Salib.


Pada pandangan sahaya, gambaran Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Sultan Malik Shah (sultan Seljuk), Nizam al-Mulk (perdana menteri Seljuk), Sultan Ahmad Sanjar (bakal sultan Seljuk), Hasan Sabbah (pemimpin besar assasssin dan batiniyah), dan Umar Khayyam (cendekiawan besar) dalam siri tersebut memang bagus.


Siri tersebut diinspirasikan daripada sejarah. Oleh sebab itu ia tidaklah benar-benar sama dengan sejarah, sekadar hampir-hampir sahaja. Tentunya ada pengubahsuaian jalan cerita untuk menyedapkan lagi siri tersebut. Namun begitu Imam Al-Ghazali digambarkan lebih berperanan daripada gambaran-gambaran yang biasa kita baca dan dengar. Sememangnya peranan Imam Al-Ghazali adalah lebih besar, sebagaimana yang sahaya sentuh sedikit dalam Menonton Dirilis Ertugrul dan Kurulus Osman https://alexanderwathern.blogspot.com/2020/12/menonton-dirilis-ertugrul-dan-kurulus.html dan Penampilan Ibnu Arabi, Syaikh Edebali dan Imam Al-Ghazali dalam filem2 Turki https://alexanderwathern.blogspot.com/2020/12/penampilan-ibnu-arabi-syaikh-edebali.html .


Ada kesempatan, hadam-hadamkanlah isi kandungan kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal.



Abu Zulfiqar Al-Amsyari

12 Januari 2021

 

No comments: