Thursday, January 14, 2021

Antara Ciri Guru Tarekat Ghazaliyah

Antara ciri seorang guru Tarekat Ghazaliyah yang sah ialah :


i) dia mestilah berada dalam sanad Tarekat Ghazaliyah yang zahir. Sanad melalui pengalaman keruhanian atau pengalaman ghaib sahaja tidaklah memadai kerana hal itu hanyalah sanad sokongan. Maksudnya orang itu mestilah ada gurunya yang hidup sezaman yang bersanad sampai kepada Rasulullah SAW, diijazahkan oleh guru itu, dan dia berbai’ah dengan si guru.


ii) dia mestilah mampu mengeluarkan segala ajaran Tarekat Ghazaliyah sekalipun tidak sampai 100 peratus.


Iii) dia mestilah ada kemahiran dalam selok-belok Tarekat Ghazaliyah.


Bagaimana seseorang itu boleh diangkat sebagai mursyid jika serba tidak tahu tentang isi kandungan ajaran dan selok-belok tarekat ini?

 

Insya-Allah huraian lanjut  dalam hal ini akan kami bentangkan dalam siri ke-3 buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah (Pencerahan) - Buku Cahaya Merah

No comments: