Tuesday, January 5, 2021

Soalan2 Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 31-40)

SOALAN2 RINGKAS DAN JAWAPAN2 RINGKASNYA (bil. 31-40)


Soalan 31 : Dah terlayan cerita Uyanis Buyuk Selcuklu ni....tak silap saya ustaz pernah cerita tentang Imam Al-Ghazali vs assassin creed. Saya dah lupa...dalam video pengajian yang mana satu. Syarah kitab Ihya Ulumuddin ke?

Jawapan : Dalam Daurah Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal (Selamat daripada Sesat). Saya pernah buat daurah untuk kitab karangan Imam Al-Ghazali in sebanyak dua kali. Fail2 video daurah tersebut boleh ditonton/didengar di Youtube. Tuliskan “daurah al-munqiz”. Insya-Allah akan jumpa.


Bukan Assassin Creed. Itu permainan video dan filem. Tapi “hasyasyin” iaitu assasssin yang sebenar dalam sejarah. Assassin Creed banyak ambil idea daripada sejarah hasyasyin pada zaman Imam Al-Ghazali itu lalu dihidangkan mengikut pengubahsuaian mereka di Eropah. Dalam sejarah, Imam Al-Ghazali banyak bertetangan dengan puak kerahsiaan tersebut di dunia Islam. Nak tahu asasssin yang sebenar, adalah sedikit-sebanyak dihuraikan dalam Daurah Kitab Al-Munqiz. Hal ini kerana Imam Al-Ghazali banyak menyentuh tentang kesalahan dan kelemahan ajaran yang menjadi pegangan puak Batiniyyah itu.


Soalan 32 : Imam Ahmad adik Imam Ghazali itu yang mengasaskan Mazhab Hanbali ke?

Jawapan : Bukan. Adik Imam Al-Ghazali itu namanya Imam Ahmad Al-Ghazali. Beliau merupakan ulama Mazhab Fiqh Asy-Syafi’iyyah, Mazhab ‘Aqidah Asya’irah dan Mazhab Tasawuf Al-Ghazaliyyah. Ulama yang mengasaskan Mazhab Fiqh Hanbali itu pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal.


Soalan 33 : Ingin saya dapatkan nasihat tentang persediaan akhir zaman ini. Bencana Covid adalah fitnah akhir zaman yang sangat hebat. Macam mana kita nak hadapi?

Jawapan : Allah....saya tak ada ilmu tentang virus dan perubatan moden ni. Cuma yang dapat saya kongsikan :

i) Kita selalulah doa kepada Allah minta agar kita dan seluruh umat diselamatkan Allah daripada masalah Covid ini.

ii) Mahu tak mahu, kita kena sediakan diri untuk hidup dengan norma yang berlainan daripada yang pernah kita lalui sebelum Covid dulu. Sebab Covid ni entah bila berakhirnya dan selepas ini entah apa-apa lagi virus dan masalah yang akan datang. Mungkin kita tak dapat dah hidup bebas-bebas macam dulu2.

iii) Kita kena mula rancang corak kehidupan kita dan anak cucu kita agar boleh hidup dengan ok walau dengan norma hidup baru. Wallahualam.


Soalan 34 : Assalamualaikum. Bagaimana untuk mendapatkan buku-buku yang ustaz syarahkan seperti buku tentang qalbu?

Jawapan : Wlksm. Buku tentang qalbu itu ada dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin. Ia salah satu daripada 40 kitab yang ada dalam kitab Ihya' itu.


Soalan 35 : Nak amal Tarekat Ghazaliyah ni susah tak?

Jawapan : Hendak melaksanakan amal-amal anggota yang disarankan dalam tarekat ini tidaklah susah. Bahagian ini ramai yang lulus. Yang susahnya adalah untuk mengamalkan sifat2 mahmudah dan mengetepikan sifat2 mazmumah. Bahagian ini ramai yang gagal.


Soalan 36 : Antara Ertugrul dan Sultan Malik Shah, zaman siapa yang lebih dahulu? Sulayman Shah ada pada zaman Malik Shah ke?

Jawapan : Zaman Sultan Malik Shah terlebih dahulu iaitu pada 1055-1092 masihi. Ertugrul pula meninggal dunia pada tahun 1280 masihi (tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan). Malik Shah jadi Sultan Empayar Seljuk ketika kemuncak empayar itu. Ertugrul pula mungkin lahir setelah Empayar Seljuk berpecah-belah, dan sejurus sebelum pembentukan Empayar Uthmaniyyah.


Pada zaman Malik Shah, bapa Ertugrul iaitu Sulayman Shah (1167-1227) belum lahir. Jika ada tokoh2 yang bernama Suleyman Shah pada zaman Sultan Malik Shah, mereka ialah orang lain. Wallahua’alam.


Soalan 37 : Assalamualaikum ustaz, bagaimana sy nak jadi anak murid ustaz dan pengamal tarekat Ghazaliah?

Jawapan : Waalaikumussalam.

i) Mana2 ilmu berkaitan Tarekat Ghazaliyah daripada saya yang pernah tuan baca, dengar atau tonton, bolehlah diambil dan diamalkan. Tareka Ghazaliyah memang untuk semua. Sesiapa yang berminat, boleh terus mengamalkannya.

ii) Sekiranya berpeluang pada masa2 akan datang, insya-Allah kita bertemu secara berdepan (*selepas kes aktif Covid tinggal dua angka).

iii) Sekiranya tuan mahu mendapatkan maklumat2 tentang Tarekat Ghazaliyah yang lebih bersifat rasmi, tuan bolehlah membaca buku Terbit Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 1 (Buku Cahaya Biru) dan 2 (Buku Cahaya Hijau). Buku2 ini boleh dibeli daripada pihak Khazanah https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461

iv) Maklumat2 tentang tarekat ini ada juga di page Facebook Tarekat Ghazaliyah.


Soalan 38 : Buku-buku Anugerah Berwangian Cinta (ABC), Tarekat Ghazaliyah 1 dan 2 tu ustaz tulis sendiri ke?

Jawapan: : Ya, saya tulis sendiri.


Soalan 39 : Assalammualaikum ustaz. Saya ingin mengubah jalan hidup ini dan mencari sinar baru. Apakah yang perlu saya buat?

Jawapan : Waalaikumussalam.

i) Langkah terawal - minta terus daripada Allah. Hanya Dia sahaja yang punya kuasa untuk mengubah apa-apa berkaitan diri kita, dari segi hakikatnya. Selain Dia, langsung tidak ada kuasa untuk mengubah. Maka, dahulukan dengan memohon kepada Dia, dan berterusanlah memohon dari sehari ke sehari.

ii) Perlahan-lahan ubah gaya hidup, pergaulan, aktiviti dsb iaitu pada bahagian2 yang tidak perlu dan tidak bermanfaat. Mana2 bahagian yang bagus, teruskan.

Iii) Banyakkan bergaul dengan sahabat2 yang kita agak dalam golongan solehin.


Soalan 40 : Ada orang nak ambil ijazah dan berbai’ah Tarekat Ghazaliyah. Boleh ke ustaz? Bila dan di mana?

Jawapan : Boleh insya-Allah. Tapi sepanjang Covid tengah merebak ni, semua kita tangguhkan dulu. Insya-Allah apabila kes aktif dah tinggal dua angka (bawah daripada 100), baru kita fikirkan semula. Harap bersabar.


*Selalu ada yang bertanya kepada sahaya baik secara bersemuka atau melalui media-media sosial. Ada banyak. Soal jawab ringkas ini sahaya kumpulkan dan kongsikan. Banyak lagi soal jawab yang tak sempat saya kumpulkan. Bahkan banyak yang tak sempat berjawab dan ada juga yang terlepas pandang – tak berbaca pun. Mana-mana yang sempat saya petik sahajalah. Semoga bermanfaat.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

5 Januari 2021

No comments: