Saturday, January 23, 2021

Hadith Tentang Abdur Rahman Itu Ucapan Palsu?

 

AL BAZ MENULIS (komen di laman kami) :

Bahawa ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak,” merupakan ucapan yang palsu tidak ada asalnya …..


(*Awal-awal lagi Al Baz sudah menyatakan hukum ke ats hadith ini bahawa ia bertaraf UCAPAN PALSU. Dan hujah-hujahnya yang diberikannya adalah sebagaimana di bawah)


Kisah di atas rapuh, dan yang menjadi cacat (penyakit)nya adalah ‘Umarah bin Zadzan ash-Shidalani Abu Salamah al-Bashri …

Pertama: al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan ‘Umarah bin Zadzan di kitab at-Tahdzib (7/365), dan beliau mengatakan:

(1) telah berkata al-Atsram dari Ahmad, “Yang diriwayatkan dari Tsabit dari Anas adalah hadits-hadits mungkar.”

(2) dan berkata al-Ajurri dari Abu Dawud, “Laisa bi dzaka.”

(3) dan as-Saji berkata, “Padanya terdapat kelemahan, tidak ada apa-apanya dan tidak kuat dalam hadits.”


(*Dengan hujah-hujah ini, hadith itu dihukum sebagai PALSU)



TANGAPAN KITA :

Siapakah ulama-ulama yang mengatakan "ucapan PALSU yang tidak ada asalnya" itu?

Adakah majoriti ulama pengkaji hadith? Atau hanya sebahagian? Atau hanya minoriti? Atau segelintir? Atau keputusan sendiri2?

(*Kerana setiap pilihan jawapan ini BOLEH membawa hukum yang berlainan ke atas hadith tersebut)


Dalam ilmu hadith :

i) “Rapuh” adakah PASTI membawa maksud PALSU? Atau pun sebenarnya belum tentu lagi kerana ia boleh jadi antara hasan, dhaif atau palsu? (*Sebenarnya RAPUH tidak pernah membawa maksud PASTI PALSU)


ii) “Menjadi cacat” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Iii) “Mungkar” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Terdapat kelemahan” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Tidak ada apa-apa” apakah PASTI membawa maksud PALSU?


Tidak kuat” apakah PASTI membawa maksud PALSU?


Laisa bi dzaka” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Atau pun sebenarnya belum tentu lagi kerana ia boleh jadi antara hasan, dhaif atau palsu?


Pada bahagian yang mana dalam istilah2 yang tuan senaraikan itu yang membawa kepada hukuman PASTI PALSU (mustahil selain palsu)?

(*Kerana tidak ada satu pun istilah yang diguna sebagai hujah itu yang membawa hukum PASTI PALSU. Jadi, daripada mana datangnya hukum bahawa hadith itu PALSU?)


Maaf bertanya. Tuan mengambil ilmu hadith dan mustalah hadith daripada siapa ye? Nama gurunya?

(*Manalah tahu mungkin saya kenal guru hadithnya kerana pada zaman sekarang ramai juga pengajar-pengajar ilmu hadith yang bermasalah dalam menyampaikan pelajaran)


(*Setakat 3 hari berlalu, belum ada sebarang maklum balas daripada Al Baz. Maka buat masa ini, itulah sahaja. Wallahua’lam)


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

23 Januari 2020

 

*Sekiranya ada kelapangan, insya-Allah kami boleh huraikan sedikit tentang peristilahan2 yang digunakan itu nanti nanti.


No comments: