Para
sahabat hendak menundukkan Parsi, bukan setahun dua punya perancangan
dan susah-payah.
Sultan Muhammad Al-Fateh hendak membuka
Constantinople, bukan setahun dua punya perancangan dan
susah-payah.
Sultan Salahuddin al-Ayyubi hendak membebaskan
Baitul Maqdis, bukan setahun dua punya perancangan dan
susah-payah.
Imam Al-Ghazali hendak menghasilkan Kitab Ihya’,
bukan setahun dua punya perancangan dan susah-payah.
Bayangkanlah jika mereka ini jenis orang-orang yang berpada dengan duduk menikmati apa yang ada sahaja dan tidak mahu merancang serta tidak mahu bersusah-payah. Hancurlah agama dan umat Islam.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
No comments:
Post a Comment