Tuesday, December 29, 2020

Penampilan Ibnu Arabi, Syaikh Edebali dan Imam Al-Ghazali dalam filem2 Turki

Dalam siri Dirilis Ertugrul (Empayar Uthmaniyyah) ada tokoh besar sufi iaitu Syaikh Ibnu ‘Arabi. Sememangnya dalam sejarah, Ertugrul Ghazi pernah bertemu dengan beliau walaupun tidaklah sekerap sebagaimana yang digambarkan dalam Dirilis Ertugrul.


Dalam siri Kurulus Osman (Empayar Uthmaniyyah) ada tokoh besar sufi iaitu Syaikh Edebali. Sememangnya dalam sejarah, Syaikh Edebali dan perkumpulan sufinya sangat banyak berperanan dalam pembinaan Daulah Uthmaniyyah. Juga ada penampilan Kumrul Abdal.


Apakah dalam Uyanis : Buyuk Selcuklu (Empayar Seljuk) akan ada tokoh-tokoh besar sufi daripada Tarekat Ghazaliyah seperti Imam Al-Ghazali, Imam Ahmad al-Ghazali, Syaikh Ali as-Sulami, Syaikh Marwan bin Ali ath-Thanzi, Syaikh Ibnu Asakir dan lain-lain yang sememangnya memainkan peranan penting dalam sejarah Daulah Seljuk? Sahaya belum menontonnya. Mungkin ada atau akan ada. Khabarnya Imam Al-Ghazali sudah muncul. Wallahualam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

29/12/2020

No comments: