Saturday, January 2, 2021

Jumlah Posting Blog dan Kaitannya dengan Situasi Semasa

Dengan bantuan Team Khazanah di Facebook, WhatsApp, Telegram, Youtube, pengurusan bahan-bahan dakwah dan buku-buku, pengurusan fail2 rakaman kuliah, serta dakwah2 di alam nyata, insya-Allah pada tahun 2021 ini sahaya mungkin boleh beri tumpuan kepada blog terutamanya Debunga Teratai Syurgawi dan blog Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, serta program2 Halaqah Usrah Satu Umat (Al-Mahabbah) yang sangat sahaya gemari itu.


Jika diperhatikan, jumlah posting tahunan berkait rapat dengan situasi sesuatu tahun itu. Sememangnya hal-hal yang berlaku dalam tahun-tahun itu mempengaruhi jumlah posting. Mari kita perhatikan :


2008 – 49 posting sahaja

Zaman keruntuhan empayar dakwah sahaya yang dibina sejak 1997. Jumlah posting pun tinggal sedikit. Baru berpindah dari blog lama. Tahun kedua membuat pengajian2 umum di masjid/surau. Baru belajar2 membahagi masa untuk berkuliah umum. Dakwah Tajdid Segar mulai merudum.


2009 – 132 posting

Zaman malap tetapi berusaha gigih untuk bangun. Mula aktif jadi muallij walaupun mula belajar sejak tahun 2000 dan sudah banyak merawat sejak tahun 2005. Oleh kerana banyak hal2 berkaitan perubatan Nabawi/Islam yang boleh dikongsi, maka naiklah jumlah posting.


2010 – 161 posting

Zaman aktif sebagai muallij (semua rawatan adalah percuma). Banyak hal2 perubatan Nabawi/Islam yang boleh dikongsi. Maka, banyaklah posting.


2011 – 160 posting

Zaman muallij. Zaman penzahiran pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kerana orang sudah mula meminta.


2012 – 93 posting

Zaman sahaya meninggalkan dunia muallij. Blog perubatan Islam sahaya iaitu Ikhtiar Muslim terpaksalah menjadi semakin sepi. Zaman penzahiran Tarekat Ghazaliyyah yang sahaya amalkan sejak 1997, kerana orang sudah mula meminta (pelajaran kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan Tarekat Ghazaliyah semuanya percuma).


2013 – 47 posting

Zaman mula sibuk berkuliah dan berceramah. Kuranglah berblog. Tahun terakhir membuat Halaqah Usrah Satu Umat (sejak 1997) dengan pelajar2 sekolah dan IPT.


2014 – 31 posting

Zaman sibuk berkuliah dan berceramah ke sana sini walaupun sahaya kurang minat berkuliah. Tetapi apabila kawan2 jemput, kena jugalah meraikan kawan2. Lagilah kurang berblog. Semua kuliah adalah percuma tetapi ada dua tempat yang mahu juga memberi saguhati. Ribuan terima kasih diucapkan.


2015 – 47 posting

Zaman sibuk berkuliah. Kurang berblog.


2016 – 95 posting

Zaman pengamal Tarekat Ghazaliyah mulai ramai. Zaman Halaqah Usrah Al-Mahabbah yang diasaskan pada 1997 aktif sedangkan sebelumnya sekadar hidup sahaja sejak kejatuhan pada 2008.


2017 – 45 posting

Zaman sibuk berkuliah, berhalaqah usrah dan bertariqah Ghazaliyyah.


2018 – 79 posting

Zaman tumpuan mula lebih kepada halaqah usrah. Minat untuk berkuliah semakin berkurangan.


2019 – 145 posting

Zaman Team Khazanah mula banyak membantu. Peningkatan ketara jumlah posting, kerana ada lebihan masa. Tumpuan lebih kepada Halaqah Usrah Satu Umat.


2020 – 150 posting

Zaman team Khazanah aktif membantu terutamanya dalam gerak kerja dan di media-media sosial, maka sahaya mula berkesempatan menghasilkan buku-buku. Bolehlah kembali ke kegemaran sahaya berblog. Jumlah posting di blog boleh dikatakan tinggi. Zaman pertambahan besar pengamal2 Tarekat Ghazaliyah. Zaman Covid 19 – peluang sahaya untuk meminimakan kuliah2.


2021?

Belum tahu lagi. Dengan bantuan team Khazanah, jika sahaya dapat mengurangkan lebih banyak lagi masa di FB, TG, Youtube dan WhatsApp, akan meningkatlah jumlah posting di blog-blog sahaya terutamanya Debunga Teratai Syurgawi.


Sekiranya dapatlah (tapi rasa2nya tak dapat penuh kot), sahaya tidak mahu terlibat dengan urusan dakwah di media2 sosial FB, TG, Youtube dan WhatsApp, biar kesemuanya team sahaya yang tolong buat, lalu sahaya bolehlah tumpukan kepada :

i) beramal ibadah, terutamanya dalam Tarekat Ghazaliyah

ii) mentarbiyyah dan berdakwah melalui aktiviti2 Halaqah Usrah Al-Mahabbah (medium dakwah kegemaran sahaya sejak remaja)

iii) tarbiyah keluarga

iv) pergi ke majlis2 pengajian agama buat menambah ilmu

v) banyak membaca dan membuat nota (hobi utama sahaya)

vi) menulis terutamanya tentang hal ehwal agama di blog2

vii) menonton video demi video pengajian2 agama macam dulu2

viii) dan sekiranya ada lebihan masa, menulis untuk buku2 pula.


Dapat berkuliah/berceramah sebulan sekali sahaja pun, jadilah.


Kesimpulannya, jelaslah kewujudan perkaitan antara jumlah posting dengan hal-hal yang berlaku pada sesuatu tahun itu. Semoga Allah mudahkan segala urusan keagamaan dan dakwah kita.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

1 Januari 2021

No comments: