Monday, January 4, 2021

Tarekat Ghazaliyah di Negeri Utara Tanah Melayu

Sejak tahun 2012, hanya ada dua orang pengamal Tarekat Ghazaliyah di negeri utara Tanah Melayu, iaitu antara tempat yang paling sukar untuk berkembangnya tarekat. Ramai yang mencuba tetapi hampa. Namun dengan izin Allah, tanpa diduga team Khazanah banyak mendapat pesanan buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah 1 dan 2, serta buku Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya dari sana, mengalahkan banyak negeri-negeri lain yang lebih besar wilayahnya dan lebih ramai penduduknya.


Dalam masa dua bulan keluarnya buku Terbit Cahaya 1, Terbit Cahaya 2 dan Anugerah Berwangian Cinta, sudah ada 7 orang pengamal Tarekat Ghazaliyah di sana. Daripada sekian banyak pembeli, ada 5 orang lagi yang benar-benar menjadi pengamal baru Tarekat Ghazaliyah.


Sebenarnya ramai penduduk di sana yang mahu berTST (tasawuf, sufi, tarekat), cuma mereka mungkin sangat kurang mendapat pencerahan yang sebenar tentang tarekat. Setelah mendapat medium pencerahan berupa buku-buku, barulah mereka tercerahkan.


Daripada tidak tahu menjadi lebih tahu.

Daripada tidak faham menjadi lebih faham.

Daripada terkeliru menjadi tercerahkan.

Daripada bersangka buruk menjadi bersangka baik.


Semoga TST terus subur di negeri yang bertuah ini.


Dari sudut yang lain, kita sedia maklum bahawa pihak yang membeli itu punya dasar tujuan yang sama iaitu untuk TAHU. Namun tujuan LANJUTANNYA berbeza-beza. Biasalah. Memang ramai yang membeli dengan niat benar-benar untuk tahu sahaja. Ada yang berniat untuk mengamal. Ada yang berniat untuk mempertikai. Kita sedia maklum.


Negeri yang paling kurang mendapat pesanan pula ialah negeri Melaka. Entahlah apa sebabnya.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

4 Januari 2021

No comments: