Soalan 21 : Apakah maksudnya selalu bermimpi datang haid?
Jawapan : Jika ANDA yang bermimpi begitu, maksudnya anda akan mendapat duit.
Solan 22 : Ada seorang ustaz bermimpi Rasulullah SAW datang ke negeri tempat tinggalnya. Ramai orang berkerumun melihat Rasulullah. Dia pun pergi melihat sama. Ketika itu Rasulullah SAW sedang berguling di atas tanah. Apakah ta’wil mimpi tersebut?
Jawapan : Maksudnya di sekitar negeri itu terdapat banyak ajaran agama yang bermasalah (yang banyak sesatnya, yang sedikit sesatnya, yang banyak silapnya, dan lain-lain) dan ramai juga pengikut ajaran2 tersebut. Dan sekiranya si ustaz itu ada mengajarkan ilmu2 agama, dia dan ajarannya termasuk pengikut2nya sendiri adalah penambah kepada sekian banyak ajaran bermasalah yang ada itu, sebagaimana yang TERTERA dalam mimpi tersebut. Itulah maksudnya.
Soalan 23 : Assalam ustaz. Kalau budak baru nak belajar Ilmu Imam Ghazali rah, buku apa yang sesuai untuk permulaan?
Jawapan : Wlksm tuan. Jika baru2 hendak belajar ilmu Imam Al-Ghazali, untuk tasawuf - kitab Bidayah Al-Hidayah. Untuk aqidah, kitab Qawaid al-Aqaid. Untuk fekah - kitab Solat, Puasa, Zakat dan Haji dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin.
Soalan 24 : Ustaz ada ajar ilmu mengenal diri tak?
Jawapan : Ada. Cuma sahaya tidaklah mengajarkan ilmu mengenal diri atau mengenal Allah sahaja. Dalam Tarekat Ghazaliyah, kami diajar tentang :
Mengenal diri, mengenal Allah.
Mengenal dunia, mengenal akhirah.
Mengenal yang haqq, mengenal yang salah.
Mengenal syaitan, mengenal malaikah.
Sebagaimana yang sahaya dapat, sebegitu jugalah yang sahaya ajarkan.
Soalan 25 : Saya tengok ust makin rajin menulis di blog ust. Selalu ada update baru. Blog ana dah bertahun bersawang (*dulu2 hamba Allah ini banyak menulis pada era blog). Macam mana ust boleh bahagikan masa?
Jawapan : Sebenarnya ana sendiri pun tidak punya lebihan masa. Cuma dalam setahun dua ini ana sudah tidak/kurang sangat aktif di media2 sosial (Facebook, WhatsApp, Telegram, Youtube) kerana ada beberapa orang pembantu daripada ikhwah Halaqah Usrah Al-Mahabbah (Satu Umat) yang tolong jalankan atas nama ana. Sesekali je round2 masuk memantau. Buku2 ana pun mereka yang uruskan. Sebab itulah ada masa untuk kembali kepada kegemaran ana iaitu menulis khususnya tentang hal ehwal agama di blog2 ana. Itulah petuanya.
Satu lagi faktornya, ana sudah berhenti buat pengajian2 di masjid/surau dan ceramah2. Ana tinggalkan satu kuliah sahaja sebulan buat masa ini. Asal jangan sampai tak ada penyampaian umum langsung, kata orang. Anta kenal ana pun dah lama, sejak zaman Tajdid Segar lagi. Memang ana lebih minat menulis berbanding berkuliah.
Soalan 26 : Salam ustaz. Buku Terbit Yang Melimpahkan Cahaya yang no. 1 dah ada stok ke (*cetakan kali pertama habis terjual)?
Jawapan : Menurut pihak Khazanah, belum ada lagi (*setakat 31 Disember 2020). Cetakan kali kedua belum keluar lagi.
Soalan 27 : Saya ada baca kat blog Ikhtiar Muslim (*blog lama sahaya) berkaitan dengan memagar rumah. Jadi saya nak tanya, proses untuk pagar rumah memang perlu dua orang ke?
Jawapan : Seorang sahaja pun sudah cukup. Tetapi jika dapat ramai, lagi bagus.
Soalan 28 : Salam ustaz. Buku Diari Salik ditulis oleh Walid Al-Malik. Berapa hijrah (*zaman hidup) Walid Al-Malik? Ditulis oleh sahabat atau orang lain?
Jawapan : Wlksm. Rasanya Walid Al-Malik yang dimaksudkan oleh buku ini ialah seorang ustaz di Terengganu. Masih hidup lagi rasanya. Naman sebenarnya ialah Ustaz Ibrahim Mohamad.
Balasan kembali : Owh, saya ingatkan khalifah Bani Umaiyah yang ke-6! Syair2 dia sedap.
Soalan 29 : Ustaz. Apa hukum menggantung gambar makhluk bernyawa di dalam rumah?
Jawapan : Ada beberapa pandangan ulama. Ada yang kata boleh, dengan syarat2 tertentu. Ada yang kata tak boleh. Ada pula yang terlampau keras sampaikan gambar2 pada akhbar, majalah, buku2, komputer, telefon bimbit dan televisyen pun tak boleh dibawa ke dalam rumah. Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sebaiknya tuan bertanya kepada asatizah yang lebih mahir dalam fiqh.
Namun secara peribadi, saya sendiri memang tidak menggantung sebarang gambar makhluk bernyawa di rumah saya melainkan gambar2 untuk pembelajaran anak-anak sahaja. Wallahu’alam.
Soalan 30 : Saya ada tengok video2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (*yang sahaya syarahkan). Saya ada nak tanya. Amalan batin tu macam mana ye? Boleh tolong jelaskan?
Jawapan : Waalaikumussalam tuan. Secara ringkasnya amalan batin itu ialah amalan2 yang berkait dengan hati. Amalan zahir pula ialah amalan2 yang berkait dengan anggota badan.
*Selalu ada yang bertanya kepada sahaya baik secara bersemuka atau melalui media-media sosial. Ada banyak. Soal jawab ringkas ini sahaya kumpulkan dan kongsikan. Banyak lagi soal jawab yang tak sempat saya kumpulkan. Bahkan banyak yang tak sempat berjawab dan ada juga yang terlepas pandang – tak berbaca pun. Mana-mana yang sempat saya petik sahajalah. Semoga bermanfaat.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
2 Januari 2021
No comments:
Post a Comment