Tuesday, September 24, 2019

Cara Syaitan Jauhkan Kita daripada Makrifah


Syaitan sangat tidak suka jikalau manusia dan jin belajar dan beramal dengan ilmu mengenal Allah (ma’rifatullah) dan ilmu cinta Allah, yakni ilmu-ilmu kesufian. Antara cara syaitan menjauhkan manusia daripada ilmu dan amalan ini :

o   Dengan cara kasar  iaitu menjauhkan kita daripada agama. Golongan ini yang paling ramai. Apabila sudah tidak minat akan agama, sudah tentulah tidak akan belajar ilmu dan amal sufi.

o   Apabila tidak berjaya menjauhkan mangsanya daripada agama, dengan cara halus syaitan akan mendorong agar orang-orang yang minat dengan agama ini menyibukkan diri dengan juzuk-juzuk agama yang lain sehinggakan mereka terabai akan ilmu dan amal bahagian ini.

o   Dan seterusnya apabila gagal juga menjauhkan mangsanya daripada ilmu dan amal ini, dengan cara yang lebih halus syaitan terpaksa membiarkan mangsanya mencari ilmu ini dan beramal dengannya, tetapi syaitan akan berusaha untuk menggelincirkannya.

-          Youtube : sk44 ihya
(Memasang dan Menebarkan Sayap Keruhanian)

No comments: