AMAR
MAKRUF DAN NAHI MUNKAR TERHADAP PARA PENGUASA
Tahap
amar ma’ruf dan nahi munkar itu ada empat :
i.
Tahap ta’rif (memperkenalkan) – Sekadar memberitahu/memaklumkan mana
yang yang baik dan mana yang buruk.
ii.
Tahap pengajaran.
iii.
Tahap menggunakan kata-kata kasar.
iv.
Tahap menggunakan kekerasan – sehingga melibatkan pukulan dan seksaan.
Tahap
yang dibenarkan untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar terhadap pemerintah
hanyalah dua tingkat yang awal sahaja.
Rakyat
perseorangan dilarang daripada menggunakan Tahap Kekerasan terhadap pemerintah.
Bagi
kata-kata yang kasar seperti : “Wahai orang yang zalim!” dan “Wahai orang yang
tidak takut akan Allah!” dan seumpamanya, sekiranya bakal mendatangkan fitnah
(mendatangkan malapetaka) ke atas orang lain, maka tidak boleh. Tetapi jika
fitnah itu bakal ditanggungnya sendiri sahaja, maka boleh. Bahkan disunatkan.
Nabi
saw bersabda : “Jihad yang sebaik-baiknya ialah kata-kata kebenaran kepada
penguasa yang zalim.” (Abu Dawud, Turmizi, Ibnu Majah)
Contoh
1 :
Khalifah
Mu’awiyah pernah menahan pemberian harta terhadap orang yang layak menerimanya.
Datang Abu Muslim Al-Khaulani lalu berkata : “Wahai Mu’awiyah! Harta tu bukanlah
daripada susah payah engkau mendapatkannya. Bukan jugak hasil susah payah bapa
engkau atau ibu engkau!”
Mu’awiyah
marah lalu terus turun dari mimbar sambil memerintahkan orang ramai menunggu di
situ. Dia menghilangkan diri sebentar. Ketika dia kembali, dia sudah mandi. Dia
pun mengiyakan kebenaran kata-kata Abu Muslim Al-Khaulani lalu bersetuju untuk memberikan
harta tersebut kepada orang ramai yang layak mendapatkannya.
Contoh
2 :
Ketika
Abu Musa Al-Asy’ari menjadi pemerintah di Basrah, dalam ucapannya dia memuji
Allah, berselawat ke atas Nabi saw dan mendoakan Saiyidina Umar ra. Dlabbah bin
Muhsin Al-‘Anzi marah kerana Abu Musa tidak menyebutkan nama Saiyidina Abu
Bakar (khalifah pertama). Perlakuan Abu Musa itu seolah-olah telah melebihkan
Saiyidina Umar daripada Saiyidina Abu Bakar. Abu Musa pun mengubah doanya
kepada kedua-dua orang khalifah.
Selepas
itu Abu Musa menulis surat kepada Saiyidina ‘Umar tentang perlakuan Dlabbah
yang mempertikaikan ucapannya. Saiyidina Umar pun memerintahkan agar Dlabbah
dibawa menghadapnya.
Setelah
mendengar penjelasan Dlabbah, Saiydina Umar mengakui kebenarannya lalu belau
menulis surat menegur kesalahan Abu Musa.
Contoh
3 :
Suatu
hari seorang menteri yang zalim bernama Hajjaj bin Yusuf mengundang para
fuqaha’ Basrah dan Kufah ke tempatnya. Hasan al-Basri merupakan orang yang
terakhir masuk. Kemudian Hajja pun bersoal jawab dengan para ulama itu. Satu
ketika, Hajjaj (yang memang anti dengan Saiyidina Ali dan keturunannya) telah
mengatakan sesuatu yang tidak baik tenteng Saiyidina Ali. Semua fuqaha’ itu pun
mengikut nada Hajjaj kerana mereka takut akan kekejamannya kecuali Hasan Al-Basri
yang berdiam sahaja sambil menggigit jari.
Hajjaj
tidak berpuas hati lalu meminta Hasan al-Basri memberikan pandangannya tentang
Saiyidina Ali. Dengan berani Hasan al-Basri memuji kebaikan dan kelebihan
Saiyidina Ali. Hajjaj marah lalu masuk ke rumahnya.
Contoh
4 :
Huthaith
Az-Zayyat dibawa menghadap Hajjaj.
Kata
Hajjaj : “Apa pendapat engkau tentang diri aku?”
Huthath
menjawab : “Akan aku katakan bahawa menurut pandangan aku, engkau termasuk
salah seorang daripada musuh Allah di muka bumi. Engkau bnasakan segala
kehormatan. Dan engkau membunuh atas dasar engkau emngesayki semata-mata.”
Hajjaj
bertanya lagi : “Apa kata engkau tentang Amirul Mu’mini Abdul Malik bin Marwan
(khalifah ketika itu, iaitu ketua kepada Hajjaj)?”
Jawab
Huthaith : “Akan aku katakan bahawa dosanya adalah lebih besar daripada engkau.
Sesungguhnya engkau itu hanyalah salah satu daripada kesalahan-kesalahannya.”
Lalu
Huthaith pun diseksa dengan seksaan yang berat sehingga pecah tulangnya dan
dagingnya, tetapi dia langsung tidak berbunyi apa pun. Ketika Huthaith sudah di
hujung nyawanya, Hajjah perintahkan dia dilemparkan ke pasar.
Teman-teman
Hutahith bertanya jika Huthaith punya sebarang permintaan. Dia hanya meminta
seteguk air. Selepa situ ia pun meninggal dunia.
Ketika
peristiwa ini berlaku, Huthaith baru berusia 18 tahun.
- Ringkasan Ihya' 'Ulumuddin
No comments:
Post a Comment