Imam Al-Ghazali berkata : “Sesungguhnya amar makruf DAN
nahi munkar itu adalah garis lurus yang terbesar dalam agama, iaitu suatu hal
yang penting kerana Allah mengutuskan nabi-nabi semuanya untuk itu.”
Jika benarlah kita
ini mencontohi jalan nabi-nabi (tarekat nabi-nabi), sudah tentu kita akan gigih
beramar makruf DAN bernahi munkar
Jenis-jenis orang dalam beramar ma’ruf nahi munkar :
Ada yang banyak beramar ma’ruf dan banyak bernahi munkar.
Ada yang banyak beramar ma’ruf tetapi kurang bernahi
munkar.
Ada yang banyak bernahi munkar tetapi kurang beramar
ma’ruf.
Ada yang kurang beramar ma’ruf dan kurang bernahi munkar.
Ada pula yang bolehlah dikatakan tidak beramar ma’ruf dan
tidak bernahi munkar.
Nak jadi sekadar orang abrar ke atau nak jadi orang
muqarrabin?
Dah tentulah target nak capai muqarrabin terlebih dahulu.
Amal badan dan amal angota orang muqarrabin umumnya lebih
daripada amal orang abrar.
Jadi, kena biasakan buat lebih.
Rasululah saw bersabda : “Allah Taala tidak menyeksa
orang pilihan (orang khawwash) disebabkan dosa orang awam, kecuali terlihat
perbuatan munkar di hadapan mereka dan mereka mampu mencegahnya, namun tidak
dicegahnya.” (Ahmad)
Apabila sudah sufi, makrifah, fana’, mengenal diri…..
(dll)…… tiba2 (sengaja) meningalkan amar ma’ruf nahi munkar…. bahaya!
- Petikan2 daripada Kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar 1 (Youtube)
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
September 2019
No comments:
Post a Comment