Wednesday, September 11, 2019

Adab Ketika Makan


ADAB KETIKA MAKAN

1.       Dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulilah. Jika dibacakan Bismillah pada setiap suap, hal itu adalah lebih baik. Boleh juga dibacakan pada suapan pertama Bismillah, pada suapan kedua Bismillahirahman, dan pada suapan ketiga Bismillahirrahmanirrahim.

2.       Bunyikan sedikit bacaan Bismillah itu agar dapat mengingatkan orang lain untuk membacanya juga.

3.       Mulakan makan dengan tangan kanan.

4.       Mulakan dengan garam dan disudahi dengan garam.

5.       Kecilkan suapan (cantikkan saiz suapan, suapan jangan besar-besar).

6.       Elokkan cara kunyahan (jangan tergopoh-gapah, jangan bebrunyi kuat).

7.       Jangan menindan suapan atas suapan. Perbuatan itu gopoh namanya.Biarlah habis satu suapan, kemudian baru disuap lagi. 

8.       Jangan memburukkan/menghina/memperlecehkan makanan. Jika suka, dimakan. Jika tidak suka, diam dan tinggalkan sahaja mana-mana makanan yang kita tidak suka itu.

9.       Ambil makanan yang dekat dengan kita terlebih dahulu, kecuali untuk buah-buahan, bolehlah tangan dijangkau jauh.

10.    Makanlah dari tepi makanan atau tepi hidangan. Jangan makan yang tengah-tengah terlebih dahulu. (Contohnya capati, nasi bertalam).

11.   Jilat jari-jari terlebih dahulu (secara beradab) sebelum mengelap atau membasuhnya, kerana mungkin keberkatannya ada di situ.

12.   Jangan ditiup makanan yang panas. Tunggulah ia sejuk sedikit dengan sendirinya sebelum dinikmati.

13.   Ganjilkan jumlah buah tamar/kurma mengikut bilangan ganjil.

14.   Jangan banyakkan mnum ketika makan.

15.   Ambil gelas dengan tangan kanan.

16.   Jangan minum ketika sedang berdiri atau berbaring.

17.   Jangan bernafas dalam bekas minuman.

18.   Sekiranya makan beramai-ramai, edarkan makanan/minuman ke sebelah kanan dan seterusnya.


Ihya' 'Ulumuddin (ringkasan)

No comments: