Monday, September 16, 2019

Hak Kaum Kerabat dan Keluarga


HAK KAUM KERABAT DAN KAUM KELUARGA

Rasulullah saw bersabda : “Allah Taala berfirman : “Aku Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (penyayang) ini, adalah Aku pecahkan daripada salah satu daripada nama-Ku. Sesiapa yang menyambungkan (hubungan) nescaya Aku sambungkan. Dan sesiapa yang memutuskannya, nescaya Aku putuskan dia.” (Bukhari, Muslim)

Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang mahu dikemudiankan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan diluaskan rezekinya, maka hendaklah ia menyambung kekeluargannya (silaturrahim).” (Bukhari, Muslim)

Abu Dzar ra berkata : “Aku diwasiatkan oleh kecintaanku iaitu Rasulullah saw untuk bersilaturrahim selaupun aku dikebelakangkan, dan baginda menyuruh aku mengatakan yang benar walaupun pahit.” (Ahmad, Ibnu Hibban)

Asma’ bin Abu Bakar ra berkata : “Telah datang kepada aku ibuku, lalu aku bertanya (kepada Rasulullah saw) : “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah datang kepada aku sedangkan dia seorang musyrik. Apakah aku kena bersilaturrahim dengan dia?”
Nabi saw menjawab : “Ya.” (Bukhari, Muslim)

Nabi saw bersabda : “Bersedekah kepada orang miskin, dibalas pahalanya satu (pahala) sedekah, dan bersedekah kepada keluarga, dibalas dengan dua pahala sedekah.” (Turmizi, An-Nasa’i)

Tatkala Abu Thalhah bercadang untuk menyedekahkan kebun yang amat disayanginya kerana mengamalkan firman allah Taala : “Kamu tidak akan beroleh kebajikan sehnggalah kamu menginfakkan sebahagian daripada apa yang kamu peroleh.” (Ali ‘Imran : 92), lalu ia berkata kepada Nabi saw : “Wahai Rasulullah! Kebunku itu sebagai sedekah fisabilillah dan untuk orang-orang faqir dan miskin.”
Lalu Nabi saw menjawab : “Pastilah pahalanya bagimu atas Allah, maka berikanlah kepada segala kaum kerabatmu.” (Bukhari)

No comments: