BESARNYA BAHAYA LIDAH DAN KEPENTINGAN DIAM
Abu Abdullah
bertanya kepada Rasulullah saw : “Apakah yang mesti aku jaga?”
Maka Nabi saw menunjukkan dengan tangannya ke lidahnya. (Turmizi,
dipandangnya sahih)
Rasulullah saw
bersabda : “Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang di antara dua tulang
rahangnya (lidah, mulut, kata-kata) dan apa yang di antara dua kakinya
(kemaluan), nescaya aku jamin baginya jannah.” (Bukhari)
Ditanyakan
kepada Rasulullah saw tentang punca terbesar yang membawa manusia ke jannah,
lalu Rasulullah saw bersabda : “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
Dan ditanyakan
pula punca terbesar yang membawa manusia masuk ke neraka, maka Rasulullah saw menjawab
: “Dua rongga badan, iaitu mulut dan kemaluan.” (Turmizi, Ibnu Majah)
Sabda baginda
saw : “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka
hendaklah ia berkata yang baik-baik ataupun berdiam.” (Bukhari, Muslim)
Kita hanya
punya dua pilihan sahaja. Jika mahu bercakap, bercakaplah tentang hal yang
baik-baik. Jika tidak mahu bercakap yang baik-baik, kita kenalah berdiam
sahaja.
- Diringkaskan daripada Ihya' 'Ulumuddin
No comments:
Post a Comment