Apabila berbicara tentang akhlak, ulama-ulama memberi
jawapan yang pelbagai. Mengapa?
Kerana mereka menjawab berdasarkan situasi penanya,
situasi diri mereka sendiri, dan situasi yang sedang berlaku.
Kerana kebanyakan mereka menjawab tentang buah (hasil
yang terbit) daripada pohon akhlak itu. (Mereka lebih kepada memberikan contoh-contoh
kepada akhlak itu tetapi tidak menghuraikan “akhlak” itu sendiri).
Dalam Kitab Latihan Qalbu ini, Imam Al-Ghazali menghuraikan
tentang akhlak itu sendiri.
Akhlak.
Al-khalqu = (kebagusan) diri yang zahir (anggota
badan/fizikal).
Al-khuluqu – (kebagusan) diri yang batin (qalbu/hati).
Apabila dikatakan seseorang itu bagus al-khalqu dan bagus
al-khuluqu, maksudnya orang itu bagus bentuk zahirnya (angotanya) dan bagus
juga bentuk batinnya (hatinya).
Qalbu (ruh – tempat asal lahirnya akhlak) kita ini sangat
dimuliakan oleh Allah SWT kerana Dia menyandarkan urusan qalbu itu kepada
DiriNya, sebagaimana firman-Nya :
“Sesungguhnya Aku menjadikan manusia (diri
zahir,anggota badan) daripada tanah. Dan ketika ia telah Kubentuk dengan
sempurna dan telah Kutiupkan kepadanya ruh-Ku, hendaklah kamu (para malaikat) sujud
kepadanya.” (Sad : 71-72)
Zahir kita datang daripada tanah.
Tetapi batin kita (ruh, qalbu, jiwa) kita datang daripada
Dia.
(Lanjutan daripada peristiwa di atas) Dan apabila kita
diperintahkan untuk sujud, mestilah dengan kedua-dua aspek sekali iaitu aspek
diri zahir dan aspek diri batin, sebagaimana kedua-duanya disekalikan dalam
ayat-ayat di atas tadi. Tidak cukup rukuk dan sujud dengan diri batin (hati)
sahaja.
Akhlak yang baik itu tidak semestinya disertakan dengan
perbuatan (sekiranya tidak mampu berbuat).
Ramai orang yang sifatnya pemurah tetapi mereka tidak
memberi (menghadiah, bersedekah). Bukan kerana mereka tidak mahu memberi,
tetapi kerana ketiadaan harta, kekurangan harta, atau halangan-halangan lain.
Ramai juga orang yang perlakuannya nampak pemurah, selalu
memberi, tetapi sebenarnya mereka tidak bersifat pemurah. Mereka memberi kerana
maksud-maksud tertentu, kerana riya’, kerana terpaksa , atau sebagainya.
Tidak semestinya yang dok memberi tu pemurah.
Tak semestinya yang tidak/jarang memberi itu tidak
pemurah.
-
Petikan2 daripada : Kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar
2 (Youtube)
Abu Zulfiqar al-Amsyari
September 2019
No comments:
Post a Comment