Sunday, September 22, 2019

Kemungkaran di Pelbagai Tempat


KEMUNGKARAN-KEMUNGKARAN DI PELBAGAI TEMPAT

Kemungkaran terbahagi kepada dua iaitu yang makruh dan yang terlarang. Bagi kemungkaran yang makruh, maka melarangnya adalah sunat. Berdiam daripadanya itu makruh. Bagi kemungkaran yang haram, berdiam diri daripadanya adalah terlarang, kecuali jika kita tidak mampu.

KEMUNGKARAN DI MASJID :
         i.            Cara solat yang buruk iaitu tanpa thuma’ninah pada rukuk dan sujud. Hal ini wajib kita cegah, kecuali bagi mereka yang bermazhab fekah Hanafi.
       ii.            Kelihatan najis pada pakaian orang yang solat. Wajib kita hisbah.
      iii.            Terpaling dari qiblat kerana gelap atau buta. Wajib hisbah.
      iv.            Bacaan Al-Quran yang salah.
        v.            Khatib memakai pakaian hitam yang banyak benang sutera asli.
      vi.            Khatib memegang pedang yang ada emas. Wajib hisbah.
    vii.            Pakaian hitam tidak makruh, tetapi tidak pula sunat. Kerana pakaian yang lebih disukai oleh Allah Taala ialah pakaian putih. Orang yang mengatakan pakaian hitam itu makruh dan bid’ah, ia maksudkan bahawa pakaian tersebut tidak dikenal (tidak dipakai orang) pada zaman awal Islam. Tetapi apabila tiada datang larangan, maka tidak sepatutnyalah dinamakan bid’ah dan makruh. Namun ditinggalkan yang demikian untuk yang lebih disukai (contohnya, lebih baklah pakai yang putih berbanding yang hitam).
   viii.            Kata-kata tukang-tukang cerita. Yang ini makruh tetapi jika kata-katanya mengandungi kedustaan, maka orang itu fasiq dan menentangnya adalah wajib.
      ix.            Bacaan Al-Quran yang terlalu berlagu adalah munkar yang makruh.
        x.            Membuat perkumpulan-perkumpulan kecil di masjid pada hari Jumaat untuk menjual ubat-ubatan dan makanan. Boleh mengambil upah menjahit, menjual ubat-ubatan, buku-buku dan makanan di luar masjid, tetapi tidak boleh jika sampai menyempitkan tempat orang-orang bersolat.
      xi.            Masuknya orang gila atau orang mabuk yang berpotensi membawa kekacauan, wajiblah mengeluarkannya dari masjid.

KEMUNGKARAN DI PASAR

         i.            Menipu untuk mendapatkan keuntungan.
       ii.            Menyembunyikan kerosakan barang jualan.
      iii.            Menipu dalam timbangan atau sukatan. Wajib diadukan kepada pihak berkuasa.

KEMUNGKARAN DI JALAN

         i.            Membuat sesuatu binaan yang menyempitkan jalan dan menganggu lalu-lintas.
       ii.            Membuat sampah dan kotoran di jalan.

KEKUNGKARAN DI TEMPAT PERMANDIAN

Membuka aurat di hadapan orang lain.

KEMUNGKARAN PERJAMUAN/KENDURI
         i.            Hamparan sutera untuk lelaki. Haram.
       ii.            Membakar kemenyan/bukhor pada tempat emas dan perak.
      iii.            Minum air mawar dalam bekas perak.
      iv.            Gambar-gambar makhluk bernyawa.
        v.            Kaum wanita berkumpul untuk melihat-lihat kaum lelaki.
      vi.            Tempat membakar kemenyan berbentuk haiwan. Wajib dipecahkan sekadar gambarnya.
    vii.            Tempat celak kecil daripada perak, terdapat khilaf tentangnya. Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari jamuan kerana hal itu.
   viii.            Makanan yang haram.
      ix.            Tempat jamuan itu tempat yang dirampas.
        x.            Peralatan jamuan itu daripada yang haram.
      xi.            Tidak boleh duduk-duduk dengan orang fasiq ketika dia melakukan kefasiqannya. Wajib memarahinya dan memutuskan perhubungan dengannya, sebagaimana yang kami sebutkan dalam bab Kecintaan dan Kemarahan pada Jalan Allah.
     xii.            Tidak boleh duduk bersama-sama orang yang memakai sutera dan cincin emas.
   xiii.            Berlebih-lebihan pada makanan dan bangunan.
   xiv.            Boros.
Sekiranya kita lemah daripada menghilangkan kemungkaran yang berat, kita boleh keluar daripada majlis itu.

KEMUNGKARAN UMUM
Kata Imam Al-Ghazali : “Setiap orang yang duduk di rumahnya di mana sahaja ia berada tidaklah terlepas pada zaman ini daripada kemungkaran, dari segi berdiam diri darpada memberi petunjuk, mengajar dan membawa manusia kepada perbuatan baik.” Maksudnya kena ada saham dalam dakwah. Yang berilmu walau sedikit mestilah berusaha untuk menyampaikannya kepada yang tidak/kurang berilmu.

- Ringkasan Ihya' 'Ulumuddin

No comments: