ADAB MEMENUHI UNDANGAN
1. Undangan atau
majlis itu tidak membeza-bezakan antara orang-orang kaya dan orang-orang
miskin. Jangan hanya pergi ke majlis orang-orang kaya tetapi tidak mahu pergi
ke majlis orang-orang miskin.
2. Undangan
hendaklah diterima dan diusahakan untuk memenuhinya walaupun jauh, melainkan
terlalu jauh atau ada halangan-halangan tertentu.
3. Sekiranya
kita diundang atau diajak ketika kita sedang berpuasa sunat, maka penuhilah
undangan itu. Pergilah. Sekiranya dengan berbuka itu dapat menggembirakan hati
di pengundang, maka berbukalah.
Berkata Ibnu ‘Abbas ra : “Antara kebajikan yang
utama ialah memuliakan orang-orang yang duduk bersama-sama, dengan berbuka
puasa.”
Maka berbuka puasa itu menjadi ibadah dan
pahalanya melebihi pahala puasa sunat itu.
Sekiranya memenuhi undangan tetapi tdak berbuka
puasa, maka jamuannya ialah bau-bauan, air mawar dan perbualan yang baik.
4. Tolaklah
undangan sekiranya makanan dan tempat itu syubhat atau haram, atau terdapat
hal-hal atau benda-benda yang tidak halal di situ, atau pengundangnya seorang
yang zalim, pelaku bid’ah, seorang fasiq, seorang jahat, atau seorang yang bertakalluf
kerana mencari kemegahan dan keagungan.
5. Jangan
niatkan memenuhi undangan itu untuk memenuhi hawa nafsu perut. Niatkan untuk
mencontohi perlakuan/sunnah Rasulullah saw, untuk menjauhkan diri daripada
mengengkari Allah, untuk memuliakan sesama mukmin, dapat berkasih-kasihan pada
jalan Allah, untuk memelihara diri daripada menjadi buruk sangkaan orang.
Ihya' 'Ulumuddin (ringkasan)
No comments:
Post a Comment