ADAB MAKAN BERAMAI-RAMAI
1. Jika ada
orang yang sepatutnya dimuliakan ketika itu, tunggulah dia tiba sebelum kita
mula makan.
2. Jangan
berdiam sahaja ketika makan. Berbuallah tentang hal-hal yang baik dan ringan
seperti cerita tentang orang-orang soleh, tentang makanan dan lain-lain.
3. Makanlah
bersama-sama. Jangan berniat untuk membolot makanan lebih banyak berbanding orang
lain. Jika ada teman yang kelihatan kurang makannya, raikan dia dengan galakkan
agar dia makan lagi seperti : “Makanlah”, “Tambah lagi”, “Silakan, jangan
malu-malu”, dan seumpamanya. Jangan pula disemawa lebih daripada tiga kali
kerana yang demikian sudah menjadi paksaan dan berlebih-lebihan. Dilarang
memaksa teman makan.
4. Makanlah
sewajarnya. Tidak perlu sampai menunggu teman kita mempelawa berkali-kali.
Tidak perlu terlebih sopan. Makanlah sebagaimana biasa kita makan sewaktu
bersendirian. Bagus jika dapat dikurangkan sedikit daripada biasa jika mahu
mengutamakan kawan-kawan kita. Boleh menambah makanan lebih-lebih lagi jika
kita berniat untuk menggalakkan teman yang lain makan (kita bertindak sebagai
peneman dan pemanis). Hal ini dapat menghilangkan atau mengurangkan perasaan
malu, menambah kegembiraan dan melapangkan dada (selesa) teman kita itu.
5. Basuhlah
tangan pada bekas yang disediakan. Jangan berludah atau berkumur pada bekas
itu.
6. Jangan
memandang-mandang teman yang lain makan, nanti mereka akan berasa tidak selesa.
eloklah dilewatkan selesai makan sekiranya ada teman yang malu apabila lambat
habis. Jika kita jenis yang makan sedikit sahaja, lambat-lambatlah makan agar
tidak habis awal. Sekiranya kita tidak dapat makan bersama-sama kerana ada hal
tertentu, mintalah maaf kepada teman-teman. (Jangan ditunjukkan sangat
kezuhudan kita dengan makan sedikit sahaja. Sebaiknya kita raikan teman-teman
yang lain agar mereka tidak berasa alu untuk makan secukupnya).
7. Jangan buat
sesuatu yang mungkin tidak disenangi oleh teman yang lain ketika makan beramaii-ramai
itu.
Diringkaskan daripada Ihya' 'Ulumuddin
No comments:
Post a Comment