Wednesday, September 11, 2019

Adab Berjamu


ADAB BERJAMU

Tersebut pada satu hadith : “ Allah Taala berfirman kepada hmba-Nya pada Hari Qiamat : “Wahai anak Adam! Aku lapar tetapi engkau tidak memberikan makanan kepada Aku.”
Lalu hamba itu menjawab : “Bagaimana aku dapat memberikan makanan kepada Engkau sedangkan Engkau ialah Tuhan sekelian alam?”
Maka Allah Taala menjawab : “Telah lapar saudaramu yang muslim, tetapi engkau tidak memberikan makanan kepadanya. Jika engkau telah memberikan makanan kepadanya, maka engkau telahpun memberikan makanan kepada Aku.” (Muslim)

Sabda Nabi saw : “Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberikan makanan kepada orang.” (Ahmad, Al-Hakim)

Terdapat 3 adab menjamu makanan :

1.       Tidak perlulah memberat-beratkan diri untuk menjamu orang. Hidangkan apa yang ada sahaja. Jangan sampai berhutang kerana mahu menjamu (contohnya berkenduri).

2.       Tetamu juga tidak boleh memberat-beratkan si penjamu. Sekiranya penjamu meminta tetamu memilih antara dua atau lebih makanan, pilihlah yang termudah untuk disediakan.

3.       Sekiranya si penjamu (tuan rumah) sedang dalam kemudahan dan kemampuan, eloklah menjamu dengan makanan kesukaan si tetamu. Bolehlah bertanya kepada tetamu tentang makanan atau minuman yang dipilihnya.

4.       Tidak perlulah ditanyakan kepada si tetamu sama ada mahu dijamu atau tidak. Sekiranya kita sedang ada dan mampu menyediakannya, teruslah menjamukannya jika keadaan bersesuaian.

Ihya' 'Ulumuddin (ringkasan)

No comments: