Wednesday, July 12, 2023

Tafsir Mimpi Jenazah Tersenyum

 

Seorang hamba Allah berimpi melihat jenazah tersenyum. Ketika itu ada orang membaca surah Yaasin. Tangan mayat iut bergerak2.


MAKSUD MIMPI


Maksudnya orang yang bermimpi itu baik orangnya dan boleh menjadi lebih baik lagi. Jika diberi peringatan demi peringatan, tarbiah demi tarbiah, hatinya mudah untuk terkesan, mudah tergerak (mengikut), mudah masuk ke hati - walaupun belum pasti dia akan melaksanakannya atau tidak.


Jumlah orang membacakan surah Yaasin itu menunjukkan kesesuaian peringatan dan tarbiah itu. Jika seorang, maka dengan tarbiah oleh seorang (contohnya suami, atau ibu, atau bapa, atau guru, atau abang, atau adik, atau sebagainya) sudah menghasilkan keadaan yang sedemikian. Jika dua tiga orang yang membaca, dua tiga oranglah. Jika ramai yang membaca, elok kena berjemaahlah. Begitulah lebih kurang maksud mimpi yang ditanyakan. Wallahualam.


Tambahan

- Jika mayat bersalam dengan orang yang bermimpi, ertinya orang yang bermimpi itu semakin cemerlang keagamaannya.

- Jika mayat memberi sesuatu yang baik, maka biasanya baiklah maksudnya. Jika mayat memberi sesuatu yang tidak baik, maka biasanya tidak baiklah maksudnya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Julai 2023

Lman Debunga Teratai Syurgawi


No comments: