Friday, July 7, 2023

Harapan Musim Huru-hara

Ya Rabb,

kurniakanlah kejayaan, kesihatan dan kebahagiaan

di dunia dan di akhirat

kepada hamba2-Mu :


yang ikhlas memperjuangkan agama-Mu,

yang perjuangan agama mereka ikhlas

bukan kerana duit, keterkenalan, jawatan,

kedudukan, harta benda, pengaruh, kemudahan2

dan keselesaan2 keduniaan,


yang sangat mengambil berat

akan halal atau haram, manfaat atau mudarat,

jelas atau syubhat, yang ragu2 atau sepasti dapat,

kepentingan diri/ pihak sendiri atau kepentingan umat,


perjuangan yang jelas2

tidak menguntungkan sama sekali

musuh2 yang tersurat atau yang tersirat,

yang setempat atau yang sejagat,


perjuangan yang tetap akan terus mempertahankan kebenaran

sekalipun seluruh manusia lain melakukan yang sebaliknya.


Pilihlah kami ya Allah,

pilihlah kami ya Rahman,

pilihlah kami ya Rahim.


5/7/23

No comments: