Saturday, July 8, 2023

Yang Mengabaikan Syariat Itu...

 

Golongan yang belajar ilmu2 keruhanian

lalu mengabaikan syariat itu

kerana mereka “tersangkut” pada

maqam ma’rifah/ ma’rifatullah (awwaluddin/ awwal ad-din).

Tangga awal disangka sebagai tangga akhir.

Awwal ad-diin ma’rifatullah -

AWAL agama itu mengenal Allah.


Jika mereka berjaya melangkah ke nisf ad-ddin,

tidak ada lagi ahli2 maqam nisf yang abaikan syariat.


Dan jika mereka berjaya berjejak ke akhir ad-diin,

ahli2 maqam akhir

akan jadi orang2 yang jatuh cinta

dan tenggelam cinta akan syariat.

Hinggakan bengkak2 kaki Rasulullah

kerana tenggelam dalam cinta

akan solat sunat malam.


Sampai ke kamal ad-diin...

cukup kita beritahukan bahawa

keadaannya jauh lebih tinggi daripada itu.


Dari awwal ad-diin (ma’rifatullah)

naik ke nisf ad-diin

naik ke akhir ad-diin

naik ke kamal ad-diin.

Inilah 4 maqam tinggi AD-DIIN.


Ma’rifah itu tangga tertinggi bagi orang awwam

tetapi baru tangga pertama bagi sufi.


Berguru, pelajari dan hadami Ihya’ Ulum ad-diin

karya sang mujaddid

kerana keempat2 ad-diin itu

tersurat dan tersirat di dalamnya.

Namanya sahaja sudah Ihya’ ‘Ulum AD-DIIN.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

8/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: