Monday, July 17, 2023

Huzaifah Al-Yaman, Akhir Zaman & Zaman Akhir (bah. 1/2)

 

Sampai satu pertanyaan kepada sahaya : “Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu. Saya tertarik dengan post ustaz (pada 16 Julai 2023 yang berbunyi) : Antara sahabat Nabi yang paling penting untuk zaman akhir ialah Huzaifah Al-Yaman, kerana usaha2 dan “peninggalan2nya”. Boleh ustaz huraikan sedikit? Terima kasih ustaz.” 17 Julai 2023


Insya-Allah sahaya akan cuba menjawab persoalan ini yang walaupun tidak sampai terperinci, tetapi dalam dua bahagian. Yang sedang dibaca ini merupakan bahagian pertama. Pada bahagian pertama ini, sahaya suka untuk memetik satu penulisan tentang Huzaifah r.a oleh Abdul Mu’izz Muhammad. Bahagian2 penting dalam artikel itu sahaya hurufbesarkan.


@@@@@@@@@@


(Penulisan yang dimaksudkan)


Realiti kita sedang hidup di ZAMAN BENCANA lagi KELIRU. Kita cukup terhutang budi dengan HUZAIFAH AL-YAMAN, sahabat yang banyak menyoal Nabi SAW bagi pihak kita tentang simptom-simptom BENCANA ZAMAN KEKELIRUAN.


Berikut adalah latar pemikiran Huzaifah al-Yaman yang banyak mempengaruhi tindakannya:


WORST CASE SCENARIO


Melalui pengakuan Huzaifah, beliau tidak memilih untuk berfikir di zon selesa. Karektornya SANGAT BERWASPADA dengan bahaya yang TIDAK DISEDARI OLEH ORANG RAMAI.


Ramai yang bertanya Rasulullah tentang perkara-perkara baik, sedangkan aku bertanya Rasullah tentang perkara-perkara buruk. Khuatir keburukan tersebut menimpaku.” – HR Bukhari & Muslim.


REALISTIK & BERSEDIA DENGAN CABARAN MASA HADAPAN


Huzaifah bukan seorang yang berteori. Bahkan beliau TERJUN KE MEDAN. Hasilnya menyebabkan beliau mampu BERFIKIR MELANGKAUI ZAMAN. Maka tidak peliklah jika kita membelek hadith-hadith tentang FITNAH AKHIR ZAMAN, nama Huzaifah sebagai perawi sangat popular.


Bahkan kita dapati Huzaifah tidak segan mengemukakan soalan demi soalan kepada Nabi SAW. Manfaat inisiatif beliau dinikmati oleh kita semua hari ini. Menemukan kita solusi apabila terjebak ke ZAMAN FITNAH.


Umar pernah bertanya: “Siapakah di kalangan kalian yang tahu hadith Nabi tentang ZAMAN FITNAH?”

Huzaifah menjawab: “Saya”

Umar mengiktiraf: “Sungguh, engkau dalam topik ini di kalangan orang yang berani” – Riwayat Bukhari.


PENYIMPAN RAHSIA YANG TIADA KOMPROMI


Satu-satunya sahabat yang diberi kepercayaan oleh Nabi SAW untuk menyimpan rekod nama-nama MUNAFIQIN yang merupakan MUSUH DALAMAN gerakan Nabi SAW.

Huzaifah amat sensitif menghidu ancaman musuh dalaman umat Islam. Barangkali itulah faktor mengapa Nabi SAW memberi kepercayaan kepadanya.

Walaupun Umar pernah bertanya tentang nama-nama munafiqin, Huzaifah tetap kemas menyimpan rahsianya.


PERISIK NABI YANG BERANI MATI


Dalam perang Ahzab, Nabi SAW membuka peluang kepada para sahabat yang sanggup menjadi PERISIK untuk menyusup masuk ke kem tentera Ahzab bagi mendapatkan maklumat intel musuh.

Tiada sahabat yang sanggup. Lantas Nabi SAW melantik Huzaifah menjalankan tugas bahaya tersebut. Beliau selamat dalam operasi itu walaupun berdepan dengan cubaan soal siasat dari pasukan Ahzab.

Berani beliau bukan acah-acah. Bahkan kelicikan Huzaifah bukan sembarangan.


KESIMPULAN


Banyak lagi kisah Huzaifah yang menggambarkan kewaspadaannya cukup tinggi. MALANGNYA CARA BERFIKIR HUZAIFAH BANYAK DITINGGALKAN OLEH UMAT ISLAM PADA HARI INI. Takut dikatakan kononnya paranoid. Hakikatnya lurus bendul.


Abdul Mu’izz Muhammad

5/3/17

harakahdaily. net

(Tamat artikel)


@@@@@@@@@@


Berdasarkan penulisan di atas, antara kualiti yang ada pada Huzaifah al-Yaman ialah :

1. Beliau sangat mengambil tahu tentang bencana zaman kekeliruan (akhir zaman, zaman fitnah, zaman akhir). Sebab itulah beliau banyak menyoal Nabi SAW BAGI PIHAK KITA tentang simptom-simptom bencana zaman kekeliruan. Maksudnya sebagai bekalan untuk kita yang hidup pada zaman kekeliruan ini (zaman akhir kepada akhir zaman) kerana zaman hidup Huzaifah merupakan zaman awal kepada akhir zaman.

2. Beliau tidak memilih untuk berfikir di zon selesa sebagaimana kebanyakan orang lain.

3. Beliau SANGAT BERWASPADA dengan BAHAYA yang TIDAK DISEDARI OLEH ORANG RAMAI.

4. Beliau jenis yang TERJUN KE MEDAN atau dalam kata lain AKTIF DI LAPANGAN, bukannya sekadar duduk diam atau duduk berkata2/ menulis sahaja.

5. Beliau mampu BERFIKIR MELANGKAUI ZAMAN.

6. Beliau menemukan (mewariskan kepada) kita (jalan2 ke arah) solusi apabila umat terjebak ke zaman fitnah.

7. Beliau berani, ada tahu bahkan benar tentang zaman fitnah.

8. Beliau AMAT SENSITIF dalam menghidu ancaman MUSUH DALAMAN umat Islam. Biasanya umat Islam lebih nampak musuh2 di luar daripada umat Islam dan meremehkan kewujudan dan peranan musuh2 yang DALAM KALANGAN UMAT ISLAM sendiri.

9. Beliau teguh menyimpan rahsia.

10. CARA/ KAEDAH/ TARIQ BERFIKIRNYA sangat penting untuk umat tetapi sudah lama ditinggalkan oleh umat.


Dengan kualiti2 diri yang sebegini, insya-Allah kita akan panjangkan tentang peranan Huzaifah r.a (dan para pewarisnya) dalam mengharungi zaman ke zaman sehinggalah ke zaman akhir ini nanti dalam penulisan bahagian kedua nanti.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

17/7/23

Blog : Debunga Teratai Syurgawi





No comments: