Tuesday, July 4, 2023

10 TAKIRAH PENDEK (Himpunan Julai 2023 siri 1)

1. Kita dapatkan ilmunya tapi kita tangguh amalkannya. Inilah penyebab lambat atau tersekat perjalanannya.


2. Target je dulu tal mengapa - untuk baca Al-Quran (dengan cara menatap) 1 juzuk sehari. Jika target pun tak ada, tak dapat le.


3. Berasa senang hati, sejuuukkk hati dan redha hati pada hal2 yang dilarang agama - itu sgt berbahaya!


4. Makin zaman akhir makin banyak hal terbongkar, rahsia terdedah, dan ilmu terkupas kerana sudah as-saahnya begitu.


5. Kita tidak terperasan yang aqidah dan tauhid kita ada kecederaan, atau kerosakan, atau kesesatan melainkan dengan kita berguru, belajar dan rajin2 menilainya semula.


6. Iblis syaitan gunakan kecenderungan kita atau hal2 yang mudah kita terpesona dengannya untuk menggoda dan menakluk kita. Hati2.


7. Kesilapan yang disedari tapi terus cuba dipertahankan akan memanjangkan keegoan, penderitaan dan penyesalan.


8. Idea dan usaha yan bagus akan dicantas oleh orang2 yang tergugat. Namun pahala tetap dapat.


9. Di akhirat Allah tidak akan dipersoal tentang perbuatan-Nya tetapi kitalah yang akan Dia persoalkan tentang perbuatan kita.


10. "Lagi belajar ilmu agama, kita jd lagi takut = maka jangan belajar." Kasihannya pemikiran sebegini.

"Lagi belajar ilmu as-sa'ah (rukun agama ke-4), kita jd lagi takut = maka jangan belajar." Kasihannya pemikiran sebegini.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: