Tuesday, July 11, 2023

10 TAKIRAH PENDEK - Himpunan Julai 2023 siri 2

 

1. Antara nikmat dan kepuasan yang diperolehi adalah apabila dengan izin-Nya kita dapat selamatkan, bantu sihatkan, atau kurangkan penderitaan masalah kesihatan orang lain. Alhamdulillah. Syukur.


2. Orang sedang mabuk arak atauubat” memang tak sedar akan perubahan emosi dan tingkah laku mereka. Kita yang nampak sahaja yang tahu. Tapi umumnya mereka tak akan percaya pun.


3. Orang2 yang pentingkan diri sendiri sahaja itu ramai. Jangan berharap sangat mereka betul2 akan ambil berat kepentingan orang2 lain. Mereka kira hendak lepaskan diri sendiri dan orang2 yang disayangi sahaja.


4. Ada faham tapi enggan berubah = TIADA SEDAR. Ada faham dan sanggup berubah = ADA SEDAR. Sedar itu beserta dengan tindakan.


5. Antara sebab Allah tidak pedulikan kita – mungkin kerana kita hanya peduli akan diri dan kepentingan diri tetapi tidak pedulikan umat.


6. Banyak orang berkata2 tentang penyakit wahn tanpa sedar mereka termasuk antara para penghidapnya.


7. Banyak orang tidak mengikut kebenaran tetapi mengikut duit, kelangsungan, dan peluang2. Engkau berjaya faham yang ini, ertinya engkau benar sudah dewasa.


8. Kota yang tidak bersedia itu lebih mudah ditakluk, umat yang tidak bersedia itu lebih mudah dipertunduk.


9. Nasihat yang benar ialah - kena bersuara atau kena berdiam sesuai dengan tempatnya. Bukan kena sentiasa bersuara atau sentiasa berdiam.


10. Walau sudah tua dari segi usia, jangan pernah rasa tua dalam tuntut ilmu, amal ilmu dan sebar ilmu (dakwah).

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari


No comments: