Saturday, July 8, 2023

Asas Sahaja Tetapi Amat Penting

 

Jika pergi berguru belajar agama selepas waktu bekerja (contohnya kuliah maghrib) itu dapat duit, katakanlah RM100 seorang, tentu ramai yang berusaha untuk pergi walaupun kena berusah-payah. Ramai ibu bapa akan menggesa dan memarahi anak2 untuk pergi. Ramai isteri akan membising dan membebel agar suami2 pergi. Ramai suami akan bergegas dan bertegas mengumpulkan seluruh ahli keluarga untuk pergi. Tapi sebab tak dapat duit (malah kena keluar duit), maka tak ramailah yang mahu pergi walaupun mudah untuk pergi.


Jika pada hari2 cuti itu pergi ke program pengajian agama pagi sampai ke tengah hari dapat duit, katakanlah RM300 seorang, tentu ramai yang berusaha untuk pergi walaupun kena berusah-payah. Ramai ibu bapa akan menggesa dan memarahi anak2 untuk pergi. Ramai isteri akan membising dan membebel agar suami2 pergi. Ramai suami akan bergegas dan bertegas mengumpulkan seluruh ahli keluarga untuk pergi. Tapi sebab tak dapat duit (malah kena keluar duit), maka tak ramailah yang mahu pergi walaupun mudah untuk pergi.


Jika dengan berkongsi akan satu bahan dakwah (contohnya poster, penulisan, audio, video) di media sosial itu dapat duit, katakanlah RM1 untuk satu perkongsian, tentu ramai yang berusaha untuk buat perkongsian dari pagi hinga ke tengah malam walaupun kena berusah-payah. Ramai ibu bapa akan menggesa dan memarahi anak2 agar buat perkongsian. Ramai isteri akan membising dan membebel agar suami2 buat perkongsian banyak2. Ramai suami akan bergegas dan bertegas memerintahkan seluruh ahli keluarga untuk buat perkongsian demi perkongsian. Tapi sebab tak dapat duit, maka tak ramailah yang mahu buat walaupun mudah untuk pergi.


Peluang untuk mendapatkan dan melambakkan pahala, sakinah, barakah dan sebagainya? Orang tak peduli sangat kerana benda tak nampak dan tak boleh nak diguna segera. Pahala, di akhirat baru dibayar. Lambat lagi nak dapat.


Tapi ada orang2 yang Allah bukakan mata hati mereka lalu mereka nampak betapa besarnya ganjaran pahala, sakinah, barakah dan lain-lain malah melebihi daripada wang, lalu mereka pun berlumba2 untuk melaksanakan hal2 yang disebutkan tadi walaupun tidak mendapat wang. Malah selalu juga mereka yang kena keluarkan wang.


PENGENALAN KEPADA BUKAAN MATA QALBU


Ada pula orang2 yang Allah bukakan mata hati mereka lalu mereka nampak akan tanggungjawab terhadap diri dan umat, lalu mereka pun berlumba2 untuk melaksanakan hal2 yang disebutkan tadi walaupun tidak mendapat wang. Malah selalu juga mereka yang kena keluarkan wang.


Yang lebih atas lagi, ada pula orang2 yang Allah bukakan mata hati mereka lalu mereka nampak akan cinta-Nya, melebihi daripada wang dan segala-galanya, lalu mereka yang tenggelam dalam cinta itu pun berlumba2 untuk melaksanakan hal2 yang disebutkan tadi walaupun tidak mendapat wang. Malah selalu juga mereka yang kena keluarkan wang.


ASAS SAHAJA TETAPI AMAT PENTING KEPADA LANGKAH2 SETERUSNYA


Sebenarnya bukaan mata hati mereka itu merupakan asas2 kasyaf dan kasyaf2 asas. Jika yang asas2 tidak berjaya “disaksi” dan dimiliki, bagaimana boleh berangan2 dan bercita2 untuk mendapatkan kasyaf yang tinggi2? Jawabnya – tak adalah.


Melalui kasyaf, kita diizinkan oleh Allah untuk “nampak” hal2 yang kebanyakan orang “tidak nampak” lalu memenuhi tuntutan2nya (melaksanakannya). Sebab itulah ada orang hanya “nampak” duit, tetapi ada orang boleh “nampak” pahala, tanggungjawab, cinta dan sebagainya.


PENUTUP


Begitulah secara ringkasnya, bukan perinciannya. Rajin2lah menelusuri kata2 Imam al-Ghazali (yang sudah ditekskan sebagai kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin). Ketika membaca, anggap bahawa beliau sendiri sedang berkata2 dengan kita, bukannya kita sedang membaca satu tulisan kosong tanpa nyawa. Insya-Allah banyak “rahsia2” masih tersimpan di sana. Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

8/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: