Monday, July 24, 2023

Masa Yang Lepas Jangan Diingat. Bagaimana yang Sejahteranya?

 

PERTANYAAN : Assalamualikum wbt. Ustaz, saya ada nak bertanya. Petikan ayat :

Masa yang lepas jangan diINGAT

Masa yang ke depan jangan diKHAYAL

Masa yang sekarang ni JALANI SAHAJA


Adakah seseorang yang mengalami HAL seperti di atas itu letaknya dalam hati yang tenang (MUTMAINNAH)? Mohon pencerahan ustaz untuk menjadi pedoman saya.


JAWAPAN :

Waalaikumussalam.


Umumnya semua kata2 atau tulisan2 pendek (ringkas) hendaklah diterima, difahami dan digunapakai dengan berhati-hati agar bersesuaian dengan yang sepatutnya. Sebagai langkah berjaga-jaga kita biasakan meletakkan perkataan UMUMNYA di hadapan setiap kata-kata pendek. Tuan boleh teliti semula satu penulisan lama saya yang bertajuk Panduan Berinteraksi dengan Kalimah2 Pendek di https://alexanderwathern.blogspot.com/2023/05/panduan-berinteraksi-dengan-kalimah2.html .


Jadi, cara yang dicadangkan untuk berinteraksi dengan kata-kata itu ialah : “UMUMNYA masa yang lepas jangan diingat, masa yang ke depan jangan dikhayal, masa yang sekarang jalani sahaja.”


Cara yang lebih dicadangkan pula ialah : ““UMUMNYA masa yang lepas jangan diingat, masa yang ke depan jangan dikhayal, masa yang sekarang jalani sahaja... SEBAGAIMANA CONTOHNYA R4’S.


Golongan yang PALING MUTMAINNAH ialah R4’S. Jadi kita contohi sahaja keadaannya mereka yang terbaik itu. Kita cari maklumat tentang bagaimana mereka berinteraksi dengan masa yang lepas. Adakah semuanya 100% mereka lupakan atau bagaimana? Begitu juga dengan cara mereka menguruskan masa akan datang. Adakah mereka langsung 100% tidak merancang, memasang cita-cita dan mengharap? Dan dalam mereka melalui masa sekarang, adakah mereka sekadar melaluinya tanpa ada usaha dan ikhtiar yang selayaknya/ sepatutnya?


Mereka mutmainnah dan tenang tetapi dalam keadaan mereka berusaha dan berikhtiar dengan usaha dan ikhtiar yang sepatutnya, selayaknya malah dengan gigih.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: