Sunday, July 23, 2023

Penyaksian Awal Urusan2

 

Dikisahkan pada suatu ketika beberapa orang murid sufi bertamu ke rumah seorang guru keruhanian mereka. Mereka bermalam di rumah sang guru. Dengan kuasa Allah Taala, pada malam itu mereka masing-masing mendapat “pengalaman” keruhanian. Esoknya mereka sampaikanlah hal tersebut kepada guru mereka itu. Guru mereka pun bertanya kepada murid yang pertama.


Abdul Quddus : Wahai Abdullah, ceritakanlah pengalamanmu. Apakah yang engkau saksikan?


Abdullah : Daku menyaksikan nur dan waktu “dilahirkan” bersama-sama. Ketika itu juga nur dan waktu bersepadu lalu menggerakkan dan meluaskan sempadan alam makhluk. Pekerjaan mereka itu mewujudkan ruang cakerawala, yang disebut juga sebagai kosmos atau alam semesta. Ruang cakerawala itu amat luas seakan-akan tiada batasan, tiada terhingga, tiada had, dan tiada tepi. Hal itu adalah sedemikian kerana ia terus meluas dan meluas. Di dalam cakerawala itulah lahirnya masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang.


Abdul Quddus : Apa lagi yang engkau lihat?


Abdullah : Banyak perkara baru wujud dalam kandungan cakerawala itu. Salah satu daripadanya ialah langit kepada bumi ini atau disebut ruang langit dunia. Turut muncul bersama2 langit dunia ialah matahari. Langit dunia itu “menguasai” guruh, kilat, hujan, cuaca, awan, pelangi, ribut dan sebagainya.


Abdul Quddus : Bagaimana dengan kamu pula Abu.


Abu : Daku melihat bahawa pada asalnya langit cakerawala dan bumi itu satu. Kemudian mereka dipisahkan. Di tengah-tengah antara langit cakerawala dan bumi itu “lahirlah” ruang yang dinamakan sebagai langit dunia. Di ruang inilah kemudian “lahirnya” lautan dan gunung-ganang.


Abdul Quddus : Fuad?


Fuad : Daku juga nampak bahawa pada pada awalnya langit cakerawala dan bumi atau daratan kering itu satu. Kemudian mereka dipisahkan dan dijauhkan. Di tengah-tengah antara mereka terjadilah ruang langit dunia dan lautan manakala langit cakerawala itu makin meninggi dan menjauh. Selain itu, dalaman perut bumi juga terwujud.


Abdul Quddus : Iskandar pula macam mana?


Iskandar : Daku pula terpandang bahawa bumi diliputi atau diselimuti oleh langit. Di antara langit dan bumi ada ruang yang dihuni oleh udara, angin kesuburan, hujan dan embun. Di ruang ini juga ada udara atau angin hangat. Interaksi antara penghuni2 ruang ini membolehkan bumi “melahirkan” kawasan subur dan kawasan gurun. Pada mulanya kawasan subur mengatasi kawasan gurun. Kemudian kawasan gurun mengalahkan kawasan subur. Namun akhirnya kawasan gurun yang lebih banyak kalah.


Abdul Quddus : Ya, benar dan bagus. Cuma hal itu itu berlaku agak kemudian. Sekarang kita dengar pula dapatan Abu Huzaifah.


Abu Huzaifah : Daku menyaksikan air terawal. Air itu bergerak lalu wujudlah bumi dan langit cakarewala yang bersatu. Kemudian bumi dan langit cakerawala dipisahkan “oleh” ruang antara bumi dan langit. Ruang itu pun menjadi langit kepada dunia ini sementara langit cakerawala semakin jauh terpisah daripada bumi. Di bumi ada tanah-tanih dan gunung-ganang. Kemudian daku melihat manusia diciptakan daripada tanah-tanih. Seterusnya ada satu tamadun atau kerajaan.


Abdul Quddus : Apa pula cerita kamu wahai Ibnus Salam?


Ibnus Salam : Terlihatlah kepada daku akan air yang gelap-gelita pada awalnya. Beberapa lama kemudian, di tengah2 air itu terwujud ruang yang menjadi cakerawala. Terjadilah bumi dan langit lalu terpisah kedua-duanya. Seterusnya di bumi ada kawasan daratan dan ada kawasan lautan. Bumi itu kosong. Kemudian pohon2 mulai tumbuh. Di langit kelihatan matahari, bulan dan bintang2. “Terlahirlah” haiwan2 di dalam laut, haiwan2 di udara dan haiwan2 di darat. Selepas itu terjadilah manusia yang pertama.


Abdul Quddus : Seterusnya giliran Nahar pula.


Nahar : Kesaksianku sedikit sahaja. Daku melihat langit dunia. Langit dunia itu “melahirkan” sinar cahaya, air dari langit dan air di dalam bumi.


Abdul Quddus : Penyaksianmu benar juga cuma agak kacau. Akhir sekali, Tamarin.


Tamarin : Daku juga sedikit sahaja dapatannya. Kulihat bumi dan langit dipisahkan. Langit semakin meninggi lalu menjadi langit cakerawala. Ruang antara langit dan bumi “melahirkan” banyak benda2 baharu seperti gunung-ganang, sungai, awan, angin, guruh, hutan, galian, hujan dan sebagainya.


Abdul Quddus : Semua yang kalian “saksikan” itu hanyalah asas yang sangat asas kepada lanjutan2 seterusnya yang masih sangat jauh lagi. Kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin, “Itulah ilmu orang2 siddiqin dan muqarrabin, yakni ilmu mukasyafah.”


Kata Imam lagi, “Lalu jelaslah ketika itu sehingga berhasilah ma’rifah yang hakiki dengan Zat Allah SWT, sifatNya yang kekal sempurna, af’alNya, dan hukum-Nya pada kejadian dunia dan akhirat, cara penyusunan-Nya yang melebihkan akhirat berbanding dunia, mengenal erti kenabian dan nabi, erti wahyu, erti syaitan, erti kata2 malaikat dan kata2 syaitan, cara permusuhan syaitan dengan manusia, cara kehadiran malaikat kepada nabi2, cara wahyu2 itu sampai kepada nabi2, mengenal alam malakut langti dan bumi, mengenal hati qalbu, mengenal pertempuran atara bala tentera malaikat dan syaitan di dalam hati qalbu, mengenal perbezaan antara langkah malaikat dan langkah syaitan, mengenal akhirat, jannah, naar, azab kubur, titian, timbangan, hitungan amal...”


Ilmu alam Imam al-Ghazali ini terdiri daripada 7 bahagian utama. Bahagian yang pertama daripadanya terpecah kepada 3 bahagian kecil lagi iaitu ilmu tentang sebelum adanya alam, menuju adanya alam dan selepas adanya alam. Semua dapatan kalian itu umumnya berkaitan dengan ilmu tentang selepas adanya alam.


Insya-Allah akan datang lebih banyak busyra dan dapatan2 lain sekiranya kalian istiqamah berusaha dan berikhtiar dengan gigih pada jalan-Nya. Selepas sarapan nanti kita perhalusi lagi ilmu tentang bahasa dalam atau bahasa halus.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

21-23/7/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: