Dalam ketenteraan
zaman dahulu umumnya ada pasukan pejalan kaki, pasukan pemanah, pasukan
berkuda, pasukan bergajah, pasukan meriam/ manjanik, pasukan kerahsiaan,
pasukan pegawai dan lain-lain.
Menjadi salah
seorang daripada askar pasukan berkuda itu agak mudah kerana kurang
tanggungjawab2nya dan kurang bebanan fikirannya sehari2. Dia hanya perlu
memikirkan urusan dirinya sahaja – uruskan diri, peralatan (tombak, baju pesi,
perisai, pisau), kenderaan, amal2, latihan, kesihatan, mental, ikut arahan, dan
sebagainya. Di medan perang pula, dia hanya perlu mengikut arahan berkaitan
waktu bersiaga, waktu menyerang, waktu berundur dll. Maka hatinya umumnya masih
agak lapang.
Tetapi bagi seorang
pemimpin pasukan berkuda, dia bukan boleh fikirkan urusan dirinya sahaja. Dia
kena fikirkan pengurusan diri ahli pasukannya yang ratusan atau ribuan orang,
persiapan mereka sebanyak dan seberapa lama, peralatan mereka, kenderaan,
amal2, latihan2, kesihatan, mental, masa bersedia, masa menyerang, masa
menanti, masa berundur, masa mengubah ke plan B atau plan C, kerahsiaan, dsb.
Banyak perkara sentiasa berjalan dalam fikirannya sehari2. Maha hatinya umumnya
sentiasa penuh.
Begitulah tamsilan
peringkat pendahuluan ke arah memahami tanggungan fikiran seorang pengamal
tariqah berbanding seorang pemimpin tariqah. (Peringkat selanjutnya akan
diusahakan dalam penulisan yang lain).
Sebagai seorang
yang sekadar menjadi pengamal tariqah, umumnya minda kita masih banyak ruang
lapang untuk diisi dengan hal2 lain. Kita hanya perlu belajar, mengamal
(melayan amal2), mengikut panduan2, sertai program2, bertafakur dan berusaha
untuk memajukan diri sendiri.
Namun apabila kita
menjadi pimpinan tariqah, maka tanggungan kita bertambah dengan banyaknya.
Selain memikirkan dan berusaha untuk diri sendiri, kita juga kena fikirkan
tentang amal murid2, pencapaian mereka, tarbiyah untuk mereka, program2 untuk
mereka (mencari ruang, masa, tempat, kesesuaian), kelurusan pandangan dan
pegangan mereka, kelangsungan tariqah, keaslian dan kelurusan tariqah, isu2
mendatang, ilmu pengurusan tariqah, dsb.
Kadang kala, kita
merindui zaman hidup sebagai seorang pengamal tariqah sahaja suatu waktu dahulu.
Ketika itu kita tidak perlu banyak berfikir dan merancang, bebas ke sana ke
mari, ada banyak masa untuk belajar ilmu2 lain, hanya uruskan diri sendiri dan
orang2 terhampir, yag membuatkan hati kita sebenarnya banyak ringan dan lebih
lapang. Tak perlu fikir tentang orang lain dalam hal ehwal tariqah ini.
Sebab itulah tidak
banyak orang yang berpotensi dan mampu menjadi pimpinan. Sebahagiannya akan
lebih cemerlang atau maju sebagai pengamal sahaja. Jika mereka ditempatkan atau
cuba menempatkan diri sebagai pimpinan, kecemerlangan mereka akan hilang
(sangat rugi), merosakkan diri sendiri, merosakkan ikhwah tariqah yang lain,
dan merosakkan tariqah itu sendiri. Kesediaan untuk bertanggungjawab dengan
baik ke atas diri dan diri2 yang lain itu tidak semua orang memilikinya.
Umumnya jadi
pembesar/ wali/ gabenor kepada daulah/ kekhalifahan banyak orang yang teringin,
tapi untuk menyelesaikan segala tanggungjawab sebagai pembesar itu, tak banyak
yang sanggup berrkorban.
Oleh kerana itulah
ada kalanya menjadi orang bawahan itu lebih meninggikan maqam seseorang itu
“sisi” Allah ‘Aza wa Jalla. Wallahua’lam.
17/10/25